Friday, February 15, 2013

CARA JAHIT BAJU KURUNG / TIPS BAJU KURUNG / BISNES MENJAHIT

TAK PERLU SUSAH-SUSAH buang masa di ‘Google’ untuk mencari cara menjahit baju kurung lagi…Tak perlu bayar mahal-mahal untuk kelas menjahit…saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh mempelajarinya dengan cara mudah, cepat dan praktikal...teruskan membaca...


Adakah Anda?
Sedang mencari cara terbaik untuk belajar menjahit baju kurung..
Sudah melayari internet untuk mendapatkan cara menjahit baju kurung, tetapi hasilnya amat menghampakan…
Ingin mengikuti kelas menjahit baju kurung, tetapi kos yang terlalu tinggi sehingga mencecah RM200 membuatkan anda berfikir banyak kali…
Sudah membeli buku yang menunjukkan cara menjahit baju kurung, tetapi anda tidak faham arahan yang diberikan…
Berminat untuk belajar menjahit tetapi langsung tiada asas jahitan…tidak tahu dari mana hendak bermula…
Anda pernah belajar cara menjahit baju kurung, tetapi akibat lama tidak mempraktikkannya anda sudah lupa caranya...
Anda ingin mengisi masa lapang dengan hobi yang bermanfaat, menguntungkan dan menjimatkan?
Ataupun...
Anda sedang mencari pendapatan tambahan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat..
Anda sedang mencari jalan untuk mengambil hati ibu mertua anda...
Anda seorang lelaki dan berminat untuk belajar cara menjahit baju kurung, tetapi memikirkan anda akan dikelilingi oleh pelajar wanita apabila mengikuti kelas menjahit, niat tersebut terus dibatalkan…
Anda nak ‘save budget’ dengan menjahit sendiri baju kurung anda ataupun baju keluarga anda...
Anda selalu merasa tidak puas hati dengan hasil kerja tukang jahit yang menjahit baju   anda, ada saja yang tidak kena...samada anda yang terlalu cerewet atau tukang jahit tersebut yang salah...
Kelas menjahit yang ingin anda hadiri bermula dari 10 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang pada hujung minggu Sabtu dan Ahad, anda tiada masa..


JANGAN TERUSKAN BACAAN Jika anda bukan salah seorang daripada yang tersebut di atas!



Kisah saya yang teramat syahdu...

Suatu masa dulu, saya juga seperti anda, ingin belajar menjahit. Saya ingin mulakan dengan belajar cara menjahit baju kurung terlebih dahulu. Jadi, saya meninjau kelas-kelas menjahit daripada iklan di internet. Mahalnya.. RM150, RM200… malahan ada yang mengenakan caj RM250 untuk belajar menjahit sepasang baju kurung.

Disebabkan kos yang mahal, saya batalkan niat tersebut. Saya mencari panduan menjahit baju kurung di internet menggunakan ‘Google’. Berjam-jam berhari-hari menghadap komputer, tetapi cara menjahit baju kurung yang lengkap tidak juga saya temui, walaupun berpuluh website saya lawati. Saya hampa..

Saya ke kedai buku pula. Wahhhhhhh!!! Terujanya saya, buku yang dibelek bukan setakat mengajar teknik menjahit baju kurung tradisional tapi termasuk juga cara buat baju kurung pesak gantung, baju kurung Pahang, macam-macam design blouse, kebaya, skirt dan banyak lagi. Tanpa berfikir panjang, saya beli dua buah buku dengan harga +-RM80.

Balik rumah, saya cuba praktikkan cara menjahit baju kurung di dalam buku tersebut tetapi tidak berjaya. Kenapa? Saya tak faham arahan yang ditunjukkan kerana tiada asas menjahit. Mana mungkin saya boleh faham penerangan yang seolah-olah ditujukan kepada orang yang sudah ada asas jahitan atau pernah menyertai institut fesyen. Sekali lagi saya hampa...

Akhirnya, saya tiada pilihan lain lalu mengambil keputusan mengikuti kelas menjahit baju kurung. Kelas selama dua hari berturut-turut pada sabtu dan ahad bermula daripada jam 10 pagi hingga 6 petang. Saya belanjakan RM150 untuk kelas tersebut. Terketar-ketar juga tangan masa nak bayar RM150 untuk kelas menjahit baju kurung tersebut..huhuuu…tetapi, demi ILMU dan MINAT, saya sanggup sebab itulah satu-satunya pilihan terbaik yang saya ada pada masa itu…


Sekarang, sudah ada cara mudah, cepat dan praktikal untuk anda belajar cara menjahit baju kurung...
Inilah Penyelesaiannya...


Memperkenalkan:

3 produk yang boleh didapati di panduanbajukurung.com buat masa sekarang:






Kita lihat dulu apa isi kandungan ketiga-tiga ebook ini...

PRODUK #1:
Jahit Baju Kurung Tradisional + Kain Susun Tepi

Ebook Jahit Baju Kurung Tradisional + Kain Susun Tepi - Panduan Langkah Demi Langkah ini dilengkapi dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks penerangan yang amat mudah difahami dan diikuti secara praktikal. Kepada anda yang ingin belajar menjahit tetapi tidak pasti bagaimana ingin memulakan minat tersebut, inilah panduan yang bertepatan dengan anda. Mari mulakan dengan belajar menjahit baju kurung. Ebook ini secara dasarnya menunjukkan cara menjahit baju kurung dan asas-asas tersebut juga dapat digunakan untuk membuat lain-lain jenis baju.


Modul 1: Pengenalan 
Anda akan didedahkan dengan asas menyiapkan baju kurung. Penerangannya disertakan dalam setiap modul yang berkaitan. Pentingkah bahagian ini? Ya, ini bagi memastikan proses keseluruhan dalam menyiapkan sepasang baju kurung lebih mudah. Apabila anda sudah memahami asas baju kurung, anda bebas mengubah saiz-saiz tertentu kepada saiz yang disukai. Anda juga bebas mengabaikan langkah-langkah tertentu dalam menjahit baju kurung apabila anda sudah yakin dan mahir kelak.
Modul 2: Teknik Mengambil Ukuran
Ketahui teknik-teknik mengambil ukuran berdasarkan ukuran badan dan baju contoh. Belajar cara mengambil ukuran semua bahagian baju kurung untuk menentukan ukuran termasuk ukuran pesak, kekek dan lain-lain lagi. Apabila ingin memastikan baju yang dijahit selesa dipakai, ukuran yang diambil perlulah betul.

Modul 3: Teknik Melukis Pola
Secara asasnya, pola diperlukan untuk menghasilkan sehelai baju. Pola digunakan untuk memudahkan proses memotong kain dan mengelakkan kesilapan. Di dalam panduan cara menjahit baju kurung ini anda akan mempelajari secara terperinci bagaimanakah cara melukis pola yang betul dari mula hingga akhir. Belajar cara mudah melukis pola untuk semua bahagian baju.

Modul 4: Teknik Memotong Kain
Bagaimana cara memotong kain menggunakan pola? Bagaimana memastikan kain dipotong dengan ukuran yang tepat? Anda akan diajar teknik-tekniknya. Bagaimana memotong kain yang licin dan lembut untuk mendapatkan bahagian-bahagian potongan baju kurung yang sama dan selari? Teknik rahsia memotong kain jenis ini saya berikan secara percuma. Memotong kain yang lembut dan licin adalah sukar. Tetapi dengan cara ini, anda boleh memotongnya dengan mudah dan cepat. Isi butiran seperti yang diperlukan di bawah untuk mendapatkan teknik itu secepat mungkin.

Modul 5: Teknik Menjahit Kain
Bagaimanakah cara menjahit bahagian-bahagian baju yang sudah dipotong? Bagaimana mencantum pesak dengan kekek baju kurung? Bagaimana mencantum lengan baju kurung? Bahagian mana yang perlu disambung terlebih dahulu? pesak, kekek, lengan atau bahagian-bahagian badan yang lain? Ketahuinya di sini. Anda juga akan diajar teknik menjahit kain susun tepi, teknik memasang zip, teknik menentukan saiz kain dan juga cara membuat susunan kain kemas dan selesa dipakai.

Modul 6: Teknik Menjahit Poket Baju
Baju kurung yang mempunyai poket di bahagian tepi baju menjadi pilihan sesetengah pemakai. Poket pada baju kurung sangat sesuai untuk baju kurung kanak-kanak. Bagi orang dewasa, Ini memudahkan mereka meletak dompet dan telefon bimbit tanpa perlu membawa beg tangan. Kemahiran ini dapat memberikan kelebihan kepada anda untuk memenuhi kehendak individu yang mahu poket pada baju mereka. Anda akan belajar cara menjahit poket baju kurung di sini.

Modul 7: Teknik Menjahit Leher Baju
Bagaimanakah menentukan saiz lubang leher? Bagaimanakah caranya menebuk lubang leher? Anda akan belajar cara menjahit lubang leher baju kurung daripada mula sehingga akhir. Amat mudah untuk anda memahaminya kerana disertakan dengan illustrasi dan gambar sebenar. Hanya ikuti arahan yang ditunjukkan untuk menghasilkan leher baju yang cantik dengan saiz yang tepat.

Modul 8: Teknik Menjahit Pinggang Kain
Bagaimana ingin memastikan bahagian pinggang kain baju kurung yang dijahit dengan getah ataupun pengeras menjadi kemas dan selesa dipakai? Anda akan belajar tekniknya. Anda akan diajar dua cara menjahit pinggang kain iaitu dengan menggunakan getah sahaja dan dengan menggunakan getah yang dicampur pengeras. Setiap langkah ditunjukkan satu persatu dan amat mudah untuk anda mengikutinya secara praktikal.

Modul 9: Teknik Menjahit Span Bahu
Anda akan ditunjukkan cara mudah bagi menyiapkan span untuk dijahit pada bahagian bahu. Teknik yang salah akan menyebabkan baju yang dijahit tidak selesa dipakai. Pastikan cara menjahit span pada bahagian tersebut betul bagi memastikan keselesaan apabila baju dipakai.

Modul 10: Teknik Menyiapkan Kemasan Akhir
Anda akan diajar cara menjahit kemasan-kemasan akhir di bahagian lengan, bawah baju dan leher baju kurung. Teknik bagi memastikan kemasan akhir yang dilakukan mendapat hasil yang kemas dan selesa dipakai ditunjukkan di sini.

Anda berjaya menyiapkan sepasang baju kurung yang sedia untuk dipakai selepas menyiapkan bahagian ini.



PRODUK #2:Jahit Baju Kurung Moden + Kain Kipas Belakang


Ebook Jahit Baju Kurung Moden + Kain Kipas Belakang- Panduan Langkah Demi Langkah ini juga dilengkapi dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks penerangan yang amat mudah difahami dan diikuti secara praktikal. Kandungannya adalah cara menjahit baju kurung moden berserta kain kipas belakang. Kepada anda yang ingin belajar menjahit blouse dan jubah, ini adalah ebook yang amat bertepatan dengan anda. Ini kerana, teknik yang ditunjukkan terutamanya teknik menjahit dan menyambung badan dan lengan dapat digunakan untuk menjahit pelbagai jenis baju. Ebook ini secara dasarnya menunjukkan cara menjahit baju kurung moden dan asas-asas tersebut juga dapat digunakan untuk membuat lain-lain jenis baju seperti blouse dan jubah.

Modul 1: Pengenalan 
Anda akan didedahkan dengan asas menyiapkan baju kurung moden. Penerangannya disertakan dalam setiap modul yang berkaitan. Pentingkah bahagian ini? Ya, ini bagi memastikan proses keseluruhan dalam menyiapkan sepasang baju kurung moden lebih mudah. Apabila anda sudah memahami asas baju kurung moden, anda bebas mengubah saiz-saiz tertentu kepada saiz yang disukai. Anda juga bebas mengabaikan langkah-langkah tertentu dalam menjahit baju kurung moden apabila anda sudah yakin dan mahir kelak.

Modul 2: Teknik Mengambil Ukuran
Ketahui teknik-teknik mengambil ukuran berdasarkan ukuran badan dan baju contoh. Belajar cara mengambil ukuran semua bahagian baju kurung moden untuk menentukan ukuran termasuk ukuran bahu, dada, pinggang, punggung dan lain-lain lagi. Apabila ingin memastikan baju yang dijahit selesa dipakai, ukuran yang diambil perlulah betul.
Modul 3: Teknik Melukis Pola
Secara asasnya, pola diperlukan untuk menghasilkan sehelai baju kurung moden. Pola digunakan untuk memudahkan proses memotong kain dan mengelakkan kesilapan. Di dalam panduan cara menjahit baju kurung moden ini anda akan mempelajari secara terperinci bagaimanakah cara melukis pola badan dan lengan dengan cara yang betul. Setiap ukuran pola ditunjukkan satu demi satu dan amat mudah untuk anda memahaminya. Belajar cara mudah melukis pola untuk semua bahagian baju kurung moden.
Modul 4: Teknik Memotong Kain
Bagaimana cara memotong kain menggunakan pola? Bagaimana memastikan kain dipotong dengan ukuran yang tepat? Anda akan diajar teknik-tekniknya. Anda akan ditunjukkan bahagian kain manakah yang perlu dilebihkan dan berapakah saiz yang perlu dilebihkan. Cara menanda dat pada kain juga akan ditunjukkan.
Modul 5: Teknik Menjahit Kain
Bagaimanakah cara menjahit bahagian-bahagian baju yang sudah dipotong? Bahagian baju manakah yang perlu dijahit terlebih dahulu? Bagaimana pula cara mencantum lengan dan badan baju kurung moden? Bagaimanakah cara mencantum bahagian tersebut supaya bahagian atas dan bawah lengan selari dengan bahagian badan baju? Bahagian manakah yang perlu disambung terlebih dahulu? Ketahuinya di sini.

Anda juga akan mempelajari cara menjahit zip dan dat pada baju kurung moden. Pelajari juga cara menentukan ukuran lubang leher, membuat pola lubang leher dan menjahit leher pada baju dengan panduan langkah demi langkah.
Modul 6: Pengenalan Kepada Kain Kipas Belakang
Kain kipas belakang juga dikenali sebagai kain susun belakang. Anda akan diperkenalkan dengan bentuk dan saiz kain kipas. Berapakah saiz kipas yang sepatutnya? Bagaimanakah cara mengambil ukuran untuk Apabila anda memahami bahagian ini, proses melukis pola, memotong dan menjahit kain menjahit lebih mudah.
Modul 7: Teknik Melukis Pola Kain Kipas Belakang
Bagaimanakah cara melukis pola kain kipas belakang? Bolehkah bahagian hadapan dan belakang kain menggunakan pola yang sama? Ketahui semuanya di sini. Amat mudah untuk anda memahaminya kerana disertakan dengan illustrasi dan gambar sebenar. Hanya ikuti arahan yang ditunjukkan untuk menghasilkan kain kipas belakang yang cantik dengan saiz yang tepat.
Modul 8: Teknik Menjahit Kain Kipas Belakang
Untuk mendapatkan kain kipas yang cantik, terlebih dahulu anda perlu mengetahui teknik yang betul untuk menyusun dan menjahit bahagian kipas kain. Bagaimanakah cara untuk menyusun kipas kain supaya selari dan teratur? Bahagian kain kipas yang manakah perlu dijahit terlebih dahulu untuk memastikan kain kipas dapat dijahit cantik dan kemas? Pelajari semuanya di sini.
Modul 9: Teknik Menjahit Zip dan Pinggang Kain
Pelajari cara menjahit zip pada kain kipas. Anda juga akan diajar dua cara menjahit pinggang kain iaitu dengan menggunakan getah sahaja dan dengan menggunakan getah yang dicampur pengeras. Setiap langkah ditunjukkan satu persatu dan amat mudah untuk anda mengikutinya secara praktikal. Pelajari semuanya di sini.
Modul 10: Kemasan Akhir Kain Kipas Belakang
Bagaimanakah cara menjahit tampalan kain di bahagian hujung atas kipas kain? Bagaimanakah cara menentukan ukurannya? langkah demi langkah akan ditunjukkan kepada anda. Tampalan pada bahagian tersebut akan cantik, kemas dan selari jika teknik yang betul diguanakan.

Anda juga akan diajar cara menjahit kemasan-kemasan akhir di bahagian lengan, bawah baju dan leher baju kurung. Teknik bagi memastikan kemasan akhir yang dilakukan mendapat hasil yang kemas dan selesa dipakai ditunjukkan di sini.

Anda berjaya menyiapkan sepasang baju kurung moden yang sedia untuk dipakai selepas menyiapkan bahagian ini.


PRODUK #3:Jahit Baju Kurung Riau & Pahang + Kain Lipat Batik



Ebook Jahit Baju Kurung Riau & Pahang + Kain Lipat Batik- Panduan Langkah Demi Langkah ini dilengkapi dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks penerangan yang amat mudah difahami dan diikuti secara praktikal. Ebook ini menunjukkan cara menjahit kedua-dua jenis baju kurung iaitu baju kurung riau dan baju kurung Pahang. Ramai yang sering terkeliru dengan nama dua jenis baju kurung ini iaitu baju kurung riau dan baju kurung pahang. Baju kurung riau juga biasa dikenali sebagai baju kurung pesak gantung. Perbezaan utama pada kedua-dua baju ini adalah pada bahagian pesaknya. Cara jahitan leher yang ditunjukkan di dalam ebook ini adalah sama dengan cara menjahit leher baju kurung tradisional. Cara menjahit kain lipat batik yang juga dikenali sebagai kain selisih depan juga ditunjukkan.
Modul 1: Pengenalan
Anda akan didedahkan dengan asas menyiapkan baju kurung riau dan pahang. Penerangannya disertakan dalam setiap modul yang berkaitan. Pentingkah bahagian ini? Ya, ini bagi memastikan proses keseluruhan dalam menyiapkan sepasang baju kurung riau dan pahang lebih mudah. Apabila anda sudah memahami asas baju kurung riau dan pahang, anda bebas mengubah saiz-saiz tertentu kepada saiz yang disukai. Anda juga bebas mengabaikan langkah-langkah tertentu dalam menjahit baju kurung apabila anda sudah yakin dan mahir kelak.
Modul 2: Teknik Mengambil Ukuran
Ketahui teknik-teknik mengambil ukuran berdasarkan ukuran badan dan baju contoh. Belajar cara mengambil ukuran semua bahagian baju kurung riau dan pahang untuk menentukan ukuran termasuk ukuran pesak, kekek dan lain-lain lagi. Apabila ingin memastikan baju kurung riau atau baju kurung pahang yang dijahit selesa dipakai, ukuran yang diambil perlulah betul.
Modul 3: Teknik Melukis Pola
Secara asasnya, pola diperlukan untuk menghasilkan sehelai baju kurung riau dan baju kurung pahang. Pola digunakan untuk memudahkan proses memotong kain dan mengelakkan kesilapan. Di dalam panduan cara menjahit baju kurung riau dan pahang ini, anda akan mempelajari secara terperinci bagaimanakah cara melukis pola yang betul dari mula hingga akhir. Belajar cara mudah melukis pola untuk semua bahagian baju. Bentuk pola adalah sama bagi kedua-dua jenis baju kurung samada baju kurung riau yang juga dikenali sebagai baju kurung pesak gantung dan juga baju kurung pahang.
Modul 4: Teknik Memotong Kain
Bagaimana cara memotong kain menggunakan pola? Bagaimana memastikan kain dipotong dengan ukuran yang tepat? Anda akan diajar teknik-tekniknya. Bagaimana memotong kain yang licin dan lembut untuk mendapatkan bahagian-bahagian potongan baju kurung yang sama dan selari? Teknik rahsia memotong kain jenis ini saya berikan secara percuma. Memotong kain yang lembut dan licin adalah sukar. Tetapi dengan cara ini, anda boleh memotongnya dengan mudah dan cepat. Isi butiran seperti yang diperlukan di bawah untuk mendapatkan teknik itu secepat mungkin.
Modul 5: Teknik Menjahit Kain
Bagaimanakah cara menjahit bahagian-bahagian baju kurung riau dan pahang yang sudah dipotong? Bagaimana mencantum pesak dengan kekek baju kurung riau yang juga dikenali sebagi baju kurung pesak gantung? Bagaimana lupa cara mencantum pesak dan kekek baju kurung pahang? Bagaimana mencantum lengan baju kurung riau dan pahang? Bahagian mana yang perlu disambung terlebih dahulu? pesak, kekek, lengan atau bahagian-bahagian badan yang lain? Ketahuinya di sini. Semuanya akan ditunjukkan satu persatu, langkah demi langkah dengan illustrasi, teks penerangan dan gambar sebenar.

Cara menjahit leher yang ditunjukkan di dalam ebook ini adalah sama dengan cara menjahit leher baju kurung tradisional. Bagaimanakah cara menentukan saiz lubang leher? Bagaimanakah caranya menebuk lubang leher? Anda akan belajar cara menjahit lubang leher baju kurung daripada mula sehingga akhir. Amat mudah untuk anda memahaminya kerana disertakan dengan illustrasi dan gambar sebenar. Hanya ikuti arahan yang ditunjukkan untuk menghasilkan leher baju yang cantik dengan saiz yang tepat.
Modul 6: Pengenalan Kepada Kain Lipat Batik
Kain lipat batik juga dikenali sebagai kain selisih hadapan. Anda akan diperkenalkan dengan bentuk dan saiz kain lipat batik. Berapakah saiz lipatan yang sepatutnya? Bagaimanakah cara mengambil ukuran untuk menentukan ukuran pola kain lipat batik? Apabila anda memahami bahagian ini yang merupakan asas kepada kain lipat batik, proses melukis pola, memotong dan menjahit kain menjahit lebih mudah.
Modul 7: Teknik Melukis Pola Kain Lipat Batik
Bagaimanakah cara melukis pola kain selisih hadapan? Bolehkah bahagian hadapan dan belakang kain menggunakan pola yang sama? Ketahui semuanya di sini. Amat mudah untuk anda memahaminya kerana disertakan dengan illustrasi dan gambar sebenar. Hanya ikuti arahan yang ditunjukkan untuk menghasilkan kain lipat batik yang cantik dengan saiz yang tepat.
Modul 8: Teknik Menjahit Kain Lipat Batik
Untuk mendapatkan kain lipat batik yang cantik, terlebih dahulu anda perlu mengetahui teknik yang betul untuk menyusun dan menjahit bahagian lipatan kain yang berada dihadapan. Bagaimanakah cara untuk menyusun lipatan kain supaya selari dan teratur? Bahagian kain yang manakah perlu dijahit terlebih dahulu untuk memastikan kain lipat batik yang dijahit menghasilkan kain yang cantik dan kemas? Pelajari semuanya di sini.
Modul 9: Teknik Menjahit Zip Dan Pinggang KainPelajari cara menjahit zip pada kain lipat batik. Anda juga akan diajar dua cara menjahit pinggang kain iaitu dengan menggunakan getah sahaja dan dengan menggunakan getah yang dicampur pengeras. Setiap langkah ditunjukkan satu persatu dan amat mudah untuk anda mengikutinya secara praktikal. Pelajari semuanya di sini.
Modul 10: Teknik Menyiapkan Kemasan AkhirAnda akan ditunjukkan cara menjahit kemasan-kemasan akhir di bahagian lengan, bawah baju dan leher baju kurung. Teknik bagi memastikan kemasan akhir yang dilakukan mendapat hasil yang kemas dan selesa dipakai ditunjukkan di sini.

Anda berjaya menyiapkan sepasang baju kurung riau atau pahang yang sedia untuk dipakai selepas menyiapkan bahagian ini.


2 comments :

Unknown said...

pm?

fazliana said...

gud info..bleh try ni..thanks for sharing