Thursday, January 26, 2012

Pelajar Jual Baucar Buku 1Malaysia Akan Dipenjara, Denda Atau Sebat


Bertuahnya aku jadi rakyat Malaysia, siap dapat voucher RM200 lagi untuk beli buku dan alat tulis. Untung lah study kat UPNM pulak. Apapun Terima Kasih kepada Kerajaan atas bantuan ni. Sangat membantu student dan juga meringankan beban parents. 

Tapi dalam beberapa hari selepas kami semua terima voucher tu, sudah mula timbul idea pelik-pelik atas terlalu inginkan wang RM, bukan dalam bentuk voucher. Maknanya mereka ingin gunakan RM200 tu bukan untuk membeli keperluan pembelajaran. 

Ada student ingin menjual Voucher RM200 tu dengan harga RM150, yang ingin membeli daripada rakan pun ade dengan harga yang murah dan macam-macam lagi idea. Yang paling best, aku terjumpa iklan dekat Mudah.my, seperti tertera dekat gambar bawah. Ada yang menjual secara online. Iklan ni published tak lama. Mungkin dah dikesan pihakberkuasa dan telah dipadam.


 Bagaimanapun pihak polis dah keluarkan kenyataan bahawa student yang cuba menjual Voucher Buku mereka akan diambil tindakan. Untunglah masuk penjara sebab jual Voucher Buku.


PUTRAJAYA: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang menjual dan melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) termasuk menerusi laman web boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes itu malam kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

Share Share enty ni di Facebook untuk pengetahuan kawan-kawan kita

1 comment :

mr said...

Funny u know. Orang dah bagi bantuan nak belajar, nak ringankan beban ibu bapa yang menanggung, ada jugak pihak2 tertentu yang jual balik? Seriously x bersyukur.