Wednesday, January 18, 2012

Barrickgold, FinVizBiz, VGMC, Macroreturns, Wazzub, EVbussines is a Scam!

 

Salam semua, pagi ni 4.01am tetiba pulak aku rasa nak sembang pasal pelaburan internet yang semakin berleluasa. Semua pelaburan ini adalah tidak diiktiraf oleh Bank Negara dan sesiapa saje dari mana-mana negara boleh join buat investment. Contoh investment yang tengah meletup sekarang ni ialah Barrickgold, FinVizBiz, VGMC, Macroreturns, Wazzub, EVbussines dan banyak lagi. Aku bukan sesaje nak post entry ni tapi aku dah ada pengalaman join investment macam ni. Bagi sesiapa yang sedang membaca post ni, yg juga sedang mengkaji sejauh mana keuntungan atau kebenaran bisnes mcm ni mmg korang bernasib baik. Untuk pengetahuan korang aku pernah join Barrickgold Investment 2 bulan lepas.

Pada mulanya, aku memang langsung tak berminat dengan pelaburan online ni, even keuntungan dia memang giler menguntungkan. Boleh kata 50-100 kali ganda lagi untung dari ASB! (aku sedar ini terlalu hiperbola) disebabkan aku x yakin macamana syarikat boleh bagi dividen macamtu sebab tu aku x berminat nak join.

Aku mula berminat dengan Investment Barrickgold setelah hampir keseluruhan classmates kelas dan intake aku dah join investment ni. Pada mulanya aku sindir, gelak jugak tengok diorang. Tapi lepas sorang-sorang menunjukkan keuntungan, yg prove investment ni menjadi, aku pun join sekali. Memang betul punya! aku x nak ketinggalan.

Aku buka modal yang besar untuk melabur. Bukan aku saje, tp untuk sesiapa yg join investment.
dgn modal pelaburan ni Barrickgold corp berjanji akan membayar ROI atau dikenali Return of Investment 12% dari modal tadi, tiap-tiap hari dalam 50 hari bekerja. Cuba bayangkan kalau korang bagi modal rm3300, 12% x rm3300 x 5o hari = memang jutawan kan?

Barrickgold Investment berjalan lancar dlm bulan November, duit boleh tukar ke Liberty Reserve dengan serta merta, atau lebih mudah duit boleh dapat terus tiap-tiap hari. Tapi lain pula yang berlaku bulan Disember, Barrickgold telah mengeluarkan berita keuntungan akan dikumpulkan dan akan dibayar hujung bulan. Tunggu sampai hujung bulan Disember, lastly company memang x bayar dan website terus suspended. Aku bernasib baik sebab sempat join awal dalam bulan november dan dah dapat modal aku. Bagi yang join investment start bulan 12, semua mengalami kerugian.

Untuk pengetahuan korang, pelaburan lain seperti Macroreturns, FinVizBiz, VGMC, Wazzub dan byk lagi turut menggunakan sistem yang sama. Cuma tempoh pembayaran, jumlah modal, pakej, keuntungan sahaja yang berbeza. Yang paling latest dan updated, pelaburan online kini menggunakan sistem Certificate, Website yang lebih meyakinkan, dan Online and Help Support 24 Hours yang sangat mudah membuatkan orang tertarik dengan bisnes yang tidak diiktiraf ni. Dengan ciri-ciri baru ini, syarikat dilihat seakan-akan mendapat pengiktirafan dan professional. Ini tidak ada pada Barrickgold dan baru sahaja berleluasa, Barrickgold menggunakan nama Barrickgold Corp yang merupakan Syarikat Emas tersohor di dunia untuk memperdaya orang ramai.

High Yield Investment Program, or HYIP, is a type of pyramid scheme normally offered via the Internet. HYIPs typically accept deposits as low as $1 while promising astoundingly high returns.

Online HYIP schemes rarely last for the long term. Overwhelming number of cases suggest that HYIPs are Ponzi schemes, in which new investors provide the cash to pay a profit to existing investors, which they typically then withdraw. This approach allows the scam to continue as long as new investors are found and/or old investors leave their money in the scheme, known as compounding (because even higher profits are promised).


Semua pelaburan yg aku nyatakan tadi adalah HYIP (High Yield Investment Program), ia langsung tidak ada kena mengena dengan emas, forex, atau ape saja pelaburan yang syarikat jalankan, sebaliknya mereka hanya memutarkan modal-modal Investor. Dimana Investor lama akan mendapat keuntungan hasil daripada modal investor baru. Selalunya pelaburan sebegini tidak akan tahan lama, setelah Rate New Investor lebih rendah dan Investor yang menuntut ROI mereka terlalu ramai. Pada masa inilah syarikat akan mula menangguhkan pembayaran, system refresh, Run Maintenance dan lastly Run Terus, Cabut Lari!

Untuk Yang Belum Pernah Melabur dan Yang Mula Menggatal Nak Melabur ni ada sedikit pesanan :

  1. Jangan Join. HYIP = Keuntungan Besar, Risiko pun besar
  2. Keuntungan tidak akan sampai kepada anda direct dalam RM tetapi dalam USD yang langsung tidak bernilai. Hanya duit dalam alam maya.
  3. Orang rugi lebih ramai dari yang untung. Probability anda?
  4. Jiwa kacau. Tunggu duit maya masuk tiap-tiap hari, modal x cover lagi ni, boleh tukar jadi RM ke tidak?, Member yang aku ajak join x dpt modal lagi, Aku pinjam dengan member kut nak masuk investment ni. Macam-macam hal.
  5. Korang mungkin akan rugi!

Tapi bagi yang degil nak join jugak :

  1. Pilih pelaburan yang betul-betul menguntungkan, buat research, pendapat orang yg pernah join.
  2. Pelaburan International, tapi Malaysia dengan Indonesia je yang join. Ape cer?
  3. Join group atau komuniti pelaburan ni. Dekat Facebook pun ade.
  4. Check origin URL. Check latar belakang syarikat, compare dengan maklumat yang dapat lepas check URL.
  5. Set mental dan fizikal korang, sedia untuk rugi.

Aku join pelaburan ni tidak sampai 2 bulan, tapi banyak pengalaman dan lesson learn yang aku dapat. Sekarang aku pandang sebelah mata je investment macam ni. Sebab dah tau taktikal diorang kan. Sekarang korang dah tau kan? All yours whether to join or not :D