Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)

Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)
Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)
Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)

Thursday, January 19, 2012

Restoran SUBWAY Tidak Halal? JAKIM Tidak Iktiraf Logo Halal Subway


Baru-baru ini JAKIM telah mengadakan serbuan ke atas Restoran Subway di Mines. Didapati premis tersebut menggunakan Sijil Halal yang tidak sah dan bukan milik syarikat mereka, sebaliknya menggunakan Sijil Halal dari Syarikat Lain.

Untuk Penggemar Burger Subway, terutama yang beragama islam, kalau ikutkan aku sarankan korang semua berhenti dahulu makan di Subway sementara kita semua menunggu keterangan oleh JAKIM sendiri. JAKIM tidak menyatakan bahawa makanan di Subway adalah Haram dimakan tetapi hanya menyatakan Lesen atau Logo Halal yang digunakan oleh premis Subway di Mines tidak diiktiraf oleh mereka.Mungkin tidak menepati piawaian JAKIM sendiri.

Tiada Logo Halal tidak bermaksud suatu makanan itu haram. Sama seperti premis-premis di  R&R, Kantin sekolah dan Warung, tidak mempunyai logo halal tetapi masih halal. Cuma kita sebagai Muslim mesti waspada dan patuh yang kita memang tidak boleh makan makanan haram, dosa besar tu.

JAKIM dah laksanakan tanggungjawab mereka dengan baik, jangan salahkan mereka sebab korang tak boleh makan Burger Subway lagi lepas ni. Tapi jangan risau, nak makan burger banyak lagi option lain boleh makan, burger gerai tepi jalan pun sedap sekarang.
Apepun kita tunggu JAKIM bagi keterangan tentang status makan dekat Restoran Subway ni.


Share Share entry ni di Facebook untuk pengetahuan masyarakat islam kita :D