Thursday, December 27, 2012

Semak Keputusan Peperiksaan UPSR, PMR, SPM Secara Online Melalui SAPS


Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau lebih dikenali dengan SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibu bapa melihat prestasi pencapaian anak mereka di sekolah. Hanya beberapa langkah sahaja yang diperlukan untuk semak keputusan peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun, ujian penilaian dan peperiksaan percubaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
Selaras dengan arus pemodenan, semuanya amat memudahkan dan dengan hanya di hujung jari sahaja ibu dapat menyemak keputsan anak-anak mereka dengan mudah walau di mana sahaja berada asalkan kawasan tersebut mempunyai sambungan internet. Untuk menggunakan sistem ini, caranya mudah sahaja dengan hanya perlu ikut langkah-langkah seperti di bawah.
  1. Layari laman web SAPS
  2. Klik butang berwarna hijau yang tertulis “Semakan Ibu Bapa”
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
  4. Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.
Hazmin: Lepas ni ibu bapa dah tak perlu risau jika ada anak yang menyorokkan keputusan peperiksaan mereka. Semuanya dihujung jari. Nasib dulu-dulu takda lagi SAPS ni. Hehe…

Incoming search terms:

  • keputusan pmr 2012
  • keputusan percubaan spm 2012
  • keputusan percubaan upsr 2012
  • keputusan percubaan pmr 2012
  • keputusan percubaan spm


Share Share entry ini di Facebook

1 comment :

TechKini.com said...

Wow, dah boleh check online :)

-> ❤ TechKini.com