Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)

Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)

Monday, July 16, 2012

Habislah! Kerajaan Benarkan Penggunaan Telefon Bimbit Mulai Tahun Depan



Kerajaan benarkan penggunaan telefon bimbit mulai tahun depan? Terpapar di televisyen hari ini menyatakan bahawa pelajar kini boleh menggunakan telefon bimbit untuk ke sekolah mulai tahun 2013.



pelajar guna telefon bimbit

Menurut sumber, pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit bagi memudahkan para pelajar menghubungi ibu bapa jikalau terdapat masalah yang berlaku di sekolah. Hal ini demikian kerana kes-kes penculikan dan pelajar tidak terus pulang ke rumah semakin meningkat saban tahun.

Penggunaan telefon bimbit ini juga bagi membolehkan para pelajar yang duduk di asrama khasnya boleh menghubungi keluarga yang tinggal jauh di rumah daripada sekolah masing-masing. 

Tanpa disedari, sebenarnya penggunaan telefon bimbit ini juga mendatangkan kesan buruk kepada para pelajar. Penyalahgunaan telefon bimbit ini semestinya satu masalah baru untuk pihak sekolah mengawal penggunaannya nanti. Releven kah penggunaan telefon bimbit ini? renungkan.

Share Share entry ini di Facebook

1 comment :

aini said...

bole nak bawak..tapi biar mcm mrsm tu..pastikan hp dorg ada kriteria seperti ni: xde kamera..xde blutooth,infrared dan sebagai nye..bior yg basic je..baru btul guna utk cal dan msg je..