Saturday, May 12, 2012

Pelajar China Suntik Asid Amino Sebagai Persediaan Menghadapi Peperiksaan




Pelajar-pelajar di China sanggup menggunakan suntikan asid amino sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan memasuki kolej, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa gambar yang tersebar di laman web menunjukkan terdapat tiub-tiub asid itu digantung di dalam kelas di Sekolah Tinggi Xiaogang di wilayah Hubei.

Menurut akhbar China Daily, seorang pegawai sekolah, Gao Pingqiang berkata, suntikan asid itu popular dalam kalangan pelajar kerana ia tidak mendatangkan kesan berbahaya terhadap kesihatan.

"Pihak sekolah tidak akan menghentikan suntikan itu. Kami akan terus memberinya jika pelajar mahukannya," kata kata Pingqiang.

Seorang lagi pegawai sekolah memberitahu, asid amino mampu memperbaiki fizikal pelajar dan meningkatkan tenaga mereka



Share Share entry ini di Facebook

No comments :