Sunday, April 1, 2012

Video Fabrice Muamba Kena Serangan Jantung

Rakaman video Fabrice Muamba terkena serangan jantung semasa perlawanan suku akhir Piala FA bertemu Tottenham. Video Fabrice Muamba Kena Serangan Jantung ini dirakam oleh penonton ketika itu.
gambar Fabrice Muamba heart attact
Fabrice Muamba merupakan pemain tengah Bolton dan pernah bermain di pasukan Bawah 21 England. Ketika permainan sedang berlangsung, pemain  itu tiba-tiba tersembam di atas padang berhampiran garisan tengah jauh daripada pemain lain.
Kemudian pasukan perubatan berkejar ke padang dengan alat “defibrillator” dan merawat Muamba, 23, dengan menekan dadanya berulang kali selama kira-kira enam minit sebelum beliau dikejarkan ke hospital.
“Fabrice Muamba dimasukkan ke pusat serangan jantung di London Chest Hospital di mana dia kini berada dalaam keadaan kritikal di pusat rawatan rapi,” menurut Bolton dalam satu kenyataan tiga jam selepas insiden itu.
Berikut adalah video yang sempat dirakam oleh penonton perlawanan ketika kejadian ini berlaku
Diharapkan kesihatan pemain ini kembali pulih dan dapat meneruskan kerjayanya sebagai pemain bola sepak. Sedih pula tengok video Fabrice Muamba terkena serangan jantung ni.
Share Share entry ini di Facebook

No comments :