Kredit gambar: http://ondscene.my/
Seorang pengguna transit aliran ringan (LRT) bernasib malang selepas
terkena satu letupan menyebabkan cedera dalam kejadian di sebuah tandas
di Stesen LRT Sri Rampai, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 1.20
tengah hari itu, mangsa Muhd Shakereen Basri, 22, cedera di paha,
punggung dan belakang badan akibat terkena letupan dan serpihan mangkuk
tandas yang pecah.
Difahamkan, kejadian itu berlaku sebaik mangsa yang tinggal di Seksyen 1, Wangsa Maju selesai membuang air besar sebelum satu letupan berlaku di dalam mangkuk tandas berkenaan. Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Fairus, 25, berkata ketika kejadian mangsa seorang diri masuk ke dalam tandas.

Katanya, tidak sampai dua minit kemudian dia terdengar satu letupan dari dalam tandas.
“Mangsa menjerit minta tolong sebelum pihak berkuasa membantu mengeluarkannya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.
Fairus berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, letupan berlaku daripada mercun yang kemungkinan diletakkan budak-budak nakal.
Share Share entry ini di Facebook
No comments :
Post a Comment