Saturday, April 21, 2012

[Terkini] Pelajar UPSI Maut Jatuh Bangunan Di Tanjung Malim


Tanjung Malim - Seorang pelajar perempuan UPSI maut dipercayai jatuh dari bangunan lima tingkat di Universiti ini petang tadi.

Menurut sumber, seorang saksi yang telah melihat mangsa sedang terjatuh dari tingkat yang tidak dapat dipastikan.
Saksi tidak dapat ditemuramah lanjut akibat dari trauma kejadian tersebut.

Kejadian telah berlaku sekitar jam 5.15 petang di belakang bangunan itu. Mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian kakinya. Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan yang tiba sejurus kejadian ini berlaku.

Siasatan lanjut masih lagi dijalankan bagi menentukan punca kematian sebenar.



Sumber :  http://pilihan-anda.blogspot.com

Share Share entry ini di Facebook

1 comment :

azalia hjsalleh said...

apa motif kecelakaan nie?
mintak2 dia jauh drp membunuh diri..