Saturday, April 21, 2012

'Saya masih hidup', Bob Kuman

Pelakon dan pelawak Husni Mohd Rawi atau lebih popular dengan panggilan Bob Kuman mengucapkan ‘tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya dia sudah meninggal dunia hari ini.
 

Katanya,  tersebut telah 'berjaya' menyebabkan semua rakan termasuk saudara maranya sedih."Berita ini fitnah, saya terima panggilan daripada rakan tentang perkara ini ketika hendak solat Zuhur 1 petang tadi," katanya sewaktu ditemui di rumahnya kira-kira jam 2 petang tadi.

Menurut  Bob Kuman, 40, tindakan melampau didakwa didalangi oleh orang-orang yang mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan yang dialaminya ketika ini.

“Saya tidak mahu tuduh sesiapa tetapi saya yakin mereka yang ini sengaja menyebarkan berita palsu ini  untuk meraih simpati orang ramai dan berkemungkinan orang itu mungkin boleh kutip derma kilat jika berita saya meninggal tersebar,” katanya.

Mesej kononnya pelakon itu sudah meninggal dunia disebarkan menerusi laman mikro Twitter tengah hari tadi.Justeru tegas Bob Kuman, dia kesal dengan penyebaran berita itu dan berharap pihak-pihak terbabit agar menyemak sumber  maklumat yang diterima sebelum disebarkan menerusi blog, laman sosial dan juga laman web.

Ketika ditanya mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kelantangannya bercakap mengenai beberapa isu sebelum ini, Bob Kuman berkata, dia bersedia bersemuka dengan individu itu.

“Saya reda dengan apa yang terjadi hari ini dan sebagai artis saya sudah bersedia dengan masalah yang akan wujud seperti ini  dan  saya ada seorang isteri yang baik, dia nasihatkan macam mana sekalipun yang berlaku kena gembira, jadi saya masih tenang bila dianiaya begini,” katanya.[sumber]

*Cuak aku..sapa la punya keja ni..tak de otak betul..

Share Share entry ini di Facebook

1 comment :

azalia hjsalleh said...

x phm kenapa mesti org sebarkan fitnah ttg kematian..