Wednesday, April 25, 2012

[LATEST] Subway Malaysia Telah Mendapat Sijil HALAL Daripada JAKIM!!


Berita yang kami dapat daripada Page Facebook Subway Malaysia , salah satu branch Subway yang terletak di KLCC telah mendapat Certificate Halal daripada JAKIM. Syukur Alhamdulillah kerana penggemar Subway boleh menikmati hidangan mereka.

Kami tidak mahu menyebarkan rumours yg tidak baik untuk syarikat Subway Malaysia.

Namun, anda sendiri tahu sebagai Islam kita ada hak dan perlu ketahui halal haram dalam pemakanan, kerana setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging.

Menurut Update Pages Subway Malaysia, setakat ini Subway di KLCC sahaja mendapat sijil halal. Manakala Subway di lain-lain branch masih dalam proses.
Terserah kepada anda untuk menilai post yang disampaikan, samada yakin semua branch Subway di Malaysia adalah halal tapi masih dalam proses atau hanya di KLCC sahaja yang Halal.

Kalau rasa-rasa nak play safe, nikmatilah hanya di KLCC terlebih dahulu :)

TOLONG SEBARKAN!

Share Share entry ini di Facebook

3 comments :

tiefazatie said...

ye ke..macam nie kena makan kat klcc je la nie..dh la die ada 100 cawangan nie..adeh..

Anonymous said...

Telah semak portal halal M'sia dan Subway yang telah terima persijilan Halal Jakim hanya di Pulau Pinang . spt di bawah, tak pasti pula yang di KLCC tu dpt persijilan dari mana.Kalau nak semak di http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia



Nama & Alamat Premis Makanan
SUBWAY
(HNEAH & SOO ENTERPRISE (SUBWAY))
G21, 1ST AVENUE MALL,
182, Jalan Magazine,
Georgetown
10300,
Pulau Pinang

Tarikh Tamat
30/04/2014

Mikah said...

As salam.

Terima kasih utk post ini. Bagi saya, ini sudah cukup utk meyakinkan kita. InsyaAllah... sebab semua bahan datang dari sumber yang sama. Proses tu memang memakan masa sbb ehem ehem... saya tak mahu sebutlah. Normal lah, portal JAKIM tu pun tak cukup update lagi. Percayalah!

Saya kata macam ni bukan sebab saya nak makan atau pun peminat Subway.

Fyi, saya belum pernah makan pun Subway sebab tunggukan info spt inilah. Hehe

Alhamdulillah...