Thursday, April 19, 2012

[Bertuahnya] Orang Asli menang kereta Mercedes Hasil SSP BSN!

 
Rezeki terpijak. Itu ungkapan yang sesuai diberikan kepada Sapiah Aping, 45, Orang Asli suku kaum Semaling dari Bera, Pahang, apabila memenangi sebuah kereta Mercedes-Benz E200 CGI.
 

Sapiah yang bekerja sebagai penoreh getah, memenangi hadiah kereta mewah itu, hasil menyimpan sejumlah wang dalam Sijil Simpanan Premium (SSP) yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
 
Menurutnya, dia tidak menyangka menjadi individu bertuah memenangi hadiah pertama bagi bulan Januari iaitu sebuah kereta mewah yang menjadi idaman ramai.
 
“Buat masa ini saya tidak mempunyai lesen memandu tapi saya akan cuba mendapatkannya dalam masa terdekat kerana sudah mempunyai kereta sendiri.
 
“Saya tidak bercadang menjualnya. Buat sementara waktu, saya akan minta adik lelaki menjadi pemandu,” katanya ketika ditemui di Terminal 2 di sini, semalam.
 
Sapiah berkata, dia dimaklumkan oleh kakitangan bank berkenaan melalui panggilan telefon mengatakan memenangi hadiah sebuah kereta. 
 
“Namun saya tidak percaya memenangi kereta mewah ini sehinggalah saya dapat melihat sendiri kereta yang berharga RM375,000, yang kini menjadi milik saya,” katanya.[sumber]
 


Share Share entry ini di Facebook

1 comment :

Anonymous said...

AKU MENANG KERETA

Wah-wah seronok-seronok…hati menyanyi riang…nak golek-golek je rasenye…telah pecah suara aku menjerit bila surat itu sampai….”Tahniah anda telah memenangi cabutan Utama SSP sijil simpanan premium untuk bulai Mei 2011 dengan memenangi hadiah utama sebuah kereta Mercedes Benz C200EL’….aku suka-suka sangat…mata hitam ku bertukar RM…”mak cik kayo..mak cik kayo….ape-ape aku nak buat dengan kete mewah ni..aku nak jual..aku nak bawe anak-anak jenjalan..aku nak berlagak cam orang kaye-kaye..aku nak ape….surat itu berada di dalam tangan..memang aku rasa tak percaya..tapi ia telah menjadi kenyataan..betul-betul… emak selalu doakan aku “anak bertuah”..memang aku anak bertuah…dan ini hadiah terbesar yang aku terima….kalau aku jual kereta tu ..aku leh gi umrah, aku beli kereta baru, aku buat down payment rumah..simpan sikit untuk anak-anak, bagi sikit kat abang, kat kak long, mak kak, angah dan ucop sikit…wah bila-bila nak jual kereta tu…

Anak-anak dah menjerit suka….minta aku bawa gi Hong kong Disneyland…wah suka-suka…kereta tu warna putih, cantik sangat…..hati dah berbelah bagi..…nak jual ke nak pakai….kalau aku pakai….kalau kene curi cam ne…..aku yang rugi….tapi bila aku buka pintu kereta dan test drive…mak aiii…memang terbaik….aku suka…..aku suka..aku suka….aku suka……………………………….rambut aku ditiup angin bila aku bawa kereta tu…..kembang …..kempis hidung aku bangga sangat….orang sekeliling tengok aku …ada yang menjeling…..ada yang terlopong…..memang aku teramat bangga…”aku anak bertuah” kata mak…




Tetiba………………………………….”ibu bangun …adik nak susu..kata suami ku” kenapa tido pun senyum-senyum??? Cehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh……………aku mimpi…uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……….”’aku masih belum bertuah, rupa nya ….baru semalam aku tengok sijil aku yang tak seberapa nilainya masa berkemas masukkan surat beranak abang selepas pendaftaran sekolah minggu lepas…………….bila la nak bertuah ni????