Tuesday, March 13, 2012

Gangguan Bekalan Air Syabas di Selangor dan Kuala Lumpur

 
Semalam pihak Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) mengumumkan bahawa akan berlaku gangguan bekalan air di negeri Selangor dan juga Lembah Kelang, Kuala Lumpur.

Gangguan akan bermula pada esok, 14 Mac sehingga 15 Mac 2012, Rabu dan Khamis, selama 36 jam. Gangguan air ini akan bermula seawal jam 8.00 pagi dan akan berakhir 36 jam kemudian.

Masalah gangguan bekalan air Syabas ini kerana pihak berkenaan melakukan kerja-kerja pembersihan tangki air dan kerja kerja penambahbaikan saluran sedia ada untuk memastikan bekalan air terus bersih dan berpanjangan.

Kalau korang tinggal di kawasan terbabit, Sila simpan air secukupnya. 36 jam adalah tempoh yang lama tu. Apa apa hal berkaitan gangguan ini boleh terus menelefon talian hot line Syabas di 1-800-88-5252 dan jangan call aku.

Share Share entry ini di Facebook

No comments :