Tidak menghairankan apabila kes
keruntuhan akhlak dan jenayah susah benar nak dikawalnya. Masakan tidak,
pengedar dadah pun tak takut dengan hukuman gantung sampai mati inikan
pula yang terlibat dengan kes keruntuhan akhlak seperti gambar di atas
ini….
SEREMBAN – Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh. Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan. Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.
Setakat RM25 untuk kesalahan perlakuan lucah dan menjolok mata di khalayak ramai? “Mahal” lagi denda :
Adakah ada yang akan membimbing mereka-mereka ini kembali semula kepada “jalan yang sebenar” atau selepas ini mereka ini akan meneruskan kegiatan mereka seperti biasa selagi tidak ditangkap buat kali yang kedua?
- Denda buang sampah merata-rata
- Tidak pakai tali pinggang keledar
- Baling selipar atau kasut kepada mahkamah (menghina mahkamah) sehingga dipenjarakan satu tahun
Share Share entry ini di Facebook
1 comment :
apa susah.... tangkap jer la berapa kali pun. takat RM25, blanja sekolah adik aku 5 hari je pun. kalau sekali kena tangkap RM25, kalau 10 kali baru RM25 x 10 = RM250. diaorang menari tu satu malam dah dapat berapa ratus dah..... bodoh piang toi!! ptuihhhh!! *tetiba emo*
Post a Comment