Tuesday, February 14, 2012

Pipi Terkoyak : Budak Terima 52 Jahitan Akibat Dicubit Kerana Tidak Siap Kerja Sekolah


Seorang murid berusia 10 tahun, bernama Chao Qun Zheng pergi kesekolah seperti biasanya di HeNan, China tanpa menyedari bahawa bahaya besar sedang menunggunya. Seorang guru kepadanya mengetahui bahawa Chao tidak menyelesaikan kerja rumahnya, guru perempuan itu pun menjadi marah. 

“Dia sangat marah pada ketika itu,” kata Choa. “Dia mencubit dan memutar pipi saya dengan kedua tangan nya dan kemudian mengangkat saya dari tempat saya berpijak”. Sang guru terus mengangkatnya diatas sampai satu pipi  tersiat dan berdarah banyak. Tanpa  perasaan bersalah, guru itu memungut kulit pipi Choa dan meletakkan kembali ke wajahnya, dan menyuruh Choa untuk pulang ke rumah ketika itu juga.

Ketika orang tuanya melihat keadaan Chao, mereka pun teus membawa nya ke hospital. Diperlukan 52 jahitan untuk menjahit kembali kulit (mungkin dagingnya) kembali ke wajah Choa. Ayahnya pun melaporkan kejadian ini kepada pihak polis dan berniat untuk membawa kes ini kemuka pengadilan.

Kalau ada kes cikgu rotan murid, aku boleh terima lagi sebab masa sekolah dulu aku selalu kena rotan. Tapi syukur takdela pulak cikgu sekolah aku yang sekejam ini. Kalau marah sekalipun tak perlu la sampai nak menyakitkan pelajar macam ini.

Share Share entry ini di Facebook

2 comments :

@e_da said...

agak-agakla nak buat anak orang.. bela dr kecik bukannya senang.. kalau sy takleh terima anak dibuat begitu.. jahat nakal sekalipun biar mak bapak yg bg hukuman bukan org luar... huhu

kami said...

nak hukum pun beragak lah