Satria Neo Baru – Proton Artiga (4 Gambar) | Proton mempamerkan model
konsep Artiga di Pameran Tokyo Auto Saloon 2012. Model konsep Artiga
pernah dipamerkan di Pameran motor Shanghai tahun lepas adalah hasil
kerja dengan Youngman di China. Proton Artiga ni rupa-rupanya
seakan-akan Proton Satria Neo. Dengan bodykit yang lebar dan rim yang
besar, nampak kereta ini secara keseluruhan lebih garang. Lampu depan
yang direka semula juga sepadan dengan rekaan gril dan bumper depan. Jom
kita tengok gambar menarik Proton Artiga baru ni.
Berita terkini tentang Satria Neo – Proton Satria Neo juga telah secara rasmi dijual di Jepun sebagai kereta rali oleh syarikat Carosser, pemilik jenama tuning rali Cusco untuk peminat rali di Jepun. Satria Neo mula menjadi sebutan apabila berjaya memenangi kategori pemandu dan pengeluar pada kejohanana rali APRC dan kini bertanding di kejohanan rali dunia (WRC) pusingan pertama di Monte Carlo.
P/S - Sememangnya Proton Artiga mirip asal daripada reka bentuk Proton Satria Neo. Kita sepatutnya berbangga antara salah satu kereta yang menjadi kebanggan dan perhatian adalah Proton Satria Neo. Proton Satria bermula dengan dimensi awal, kemudian disusuli dengan Satria GT dan seterusnya beralih kepada Satria Neo.-Melayukini.net
Share Share ARTIGA ini di Facebook :)
No comments :
Post a Comment