Tuesday, May 9, 2017

Samun Ketika Sedang Makan: Polis Giat Buru Enam Suspek, Pihak Restoran Rugi RM29,745


Kuala Lumpur, 7 Mei - Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya kini sedang giat memburu suspek yang terlibat dalam kejadian samun di sebuah restoran di sini.

Dalam video kejadian yang viral itu, suspek dilihat menghunuskan parang dan menyamun pelanggan-pelanggan yang sedang makan.

Kata Hamzah lagi, pihak polis menerima panggilan dari pihak restoran pada jam 9.30 malam memaklumkan premisnya disamun enam lelaki bersenjatakan parang.

"Mereka meluru masuk dan mengacukan parang ke arah pelanggan dan pekerja terdiri daripada tiga lelaki dan lima wanita, sebelum mengarahkan mereka menyerahkan barang berharga serta mengambil wang tunai dari peti tunai restoran berkenaan sebelum melarikan diri," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Sementara itu, difahamkan pihak restoran kerugian RM29,745 selepas barangan berharga serta wang hasil jualan dilarikan penjenayah.

Hamzah juga berkata, usaha memburu suspek giat dilakukan dan polis sudah mengambil rakaman CCTV daripada restoran itu untuk siasatan. Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata.

1 comment :

Dewi Aja said...

Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)