Tuesday, January 1, 2013

[ HOT ] Kumpulan Feminin – K Pop Versi Melayu


Zaman  awal 90-an dulu, ada kumpulan pop remaja wanita yang popular diberi nama Feminin. Kumpulan ni dianggotai oleh As (vokalis), Deq Nor, Yatie, Along dan Watie, kemudian tinggal 4 saja, bila Along keluar. Lagu lagu Feminin yang popular dulu , Untukmu, Rindu, Kehadiran, Syurga di dunia, Hanya Sekali (dinyanyikan semula)…sedap sedap lagu diorang. Feminin bukan saja boleh nyanyi tetapi menari sekali. Tarian dan gaya baju , berani guna warna yang striking, sepit rambut dan potongan rambut sesuai dgn usia mereka yang remaja dan ceria.
Lagu lagu mereka masih lagi diputarkan di radio Sinar fm. Terkenang zaman dolu-dolu..zaman sekolah..hehehe…rindu sangat.
Remaja masa tu ada yang terikut ikut dengan gaya rambut, baju dan sepit feminin :)
Kalau nak dibandingkan sekarang dgn tahun 90-an dulu , tak ada lagi kumpulan remaja wanita yang macam Feminin zaman ni, dan beberapa kumpulan wanita lain seperti Res 2, Msteen, dan Elite. Kumpulan Feminin mempunyai era kegemilangan mereka sendiri, meninggalkan memori yang indah buat remaja zaman tu :)
Tarian Feminin yang comel dan kalau sekarang remaja sukakan K pop kerana tarian dan rentak lagu, penyanyi yang lincah, cantik , comel,  hensem. Remaja masa tahun 90-an pula gilakan kumpulan wanita yang ceria dan comel ni. Sebab tu saya rasa boleh lah mereka digelar k pop versi melayu..kalau lah feminin ada lagi zaman la ni.
Lihat  tarian Feminin, gaya baju mereka…Untukmu
Lihat le gaya rambut dan baju diorang..dulu budak pompuan sekolah ada yang sanggup potong rambut pendek cam Feminin
Lagu Di Mana
Ahli kumpulan Feminin asalnya terlibat dalam bidang tarian, sebab tu diorang boleh menari.
Gambar Feminin di era kegemilangan mereka
Deq Nor, Yatie, Watie dan As(gambar atas)


Deq Nor kini sudah bertudung dan ada anak 3. As pula kahwin dengan Azman( pemain bola sepak). Yatie dah kahwin tapi tak ada anak lagi, berjawatan tinggi di Firefly. Watie pun dah kahwin juga.



Artikel asal : http://nurizspace.com/2013/01/kumpulan-feminin-k-pop-versi-melayu.html
Share Share entry ini di Facebook

No comments :