Semakan keputusan permohonan SBP 2013 bagi Tingkatan 1 secara online akan diumumkan pada 16 Disember 2012. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut KPM, semua calon boleh ketahui keputusan mereka pada tarikh yang ditetapkan.
Jumlah Calon Yang Layak Diterima SBP sesi 2013
Dari jumlah permohonan sebanyak 105,357, seramai 7710 murid dipilih dan akan ditempatkan di tingkatan 1 SBP tahun 2013. Dari jumlah tersebut 3645 adalah murid perempuan dan 4065 tempat adalah disediakan untuk murid lelaki. Dasar pengambilan murid ke SBP dengan memberi keutamaan murid berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar. Oleh itu sebanyak 5397 iaitu 70% permohonan diterima adalah dari murid-murid berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar.
Calon Yang Layak Untuk Ke SBP 2013 Tingkatan 1
Murid warganegara Malaysia dan mencapai 5A dalam UPSR adalah dipertimbangkan, walaubagaimanapun seramai 2313 ( 30% ) adalah mendapatsekurangnya 3A2B diterima kerana berasal dari keluarga miskin berpendapatan dibawah Paras Garis Kemiskinan ( Kumpulan Miskin Tegar )
Cara Semakan SBP 2013 Tingkatan 1
Untuk membuat semakan, sila klik Applikasi Tawaran Ke Tingkatan 1 SBP untuk mengetahui keputusan. Talian semakan sudah pun dibuka. Sila masukkan angka atau nombor giliran UPSR untuk membuat semakan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.moe.gov.my . Selamat berjaya kepada semua calon UPSR 2012 dan tahniah kepada yang dapat tempat di SBP atau sekolah Berasrama Penuh
Pendaftaran SBP Sesi 2013
Bagi yang telah berjaya, surat dan lampiran tawaran mesti dicetak dan dibawa semasa hari pendaftaran nanti.
Rayuan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2013
Permohonan E-Rayuan boleh dibuat bermula 24 Disember 2012.
Share Share entry ini di Facebook
No comments :
Post a Comment