Thursday, July 19, 2012

TERKINI! Telefon Bimbit Boleh Dibawa Ke Sekolah : Pelajar Gembira Cikgu Merana



Heboh satu Malaysia pasal isu pelajar diberi kebebasan untuk bawak handphone ke sekolah. Apa pandangan anda terhadap isu pelajar dibenar bawa telefon bimbit ke sekolah pada sesi tahun depan? Berita dalam TV3 semalam ada menyebut pelajar sekolah di seluruh negara - mungkin dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah, pada sesi persekolahan tahun depan (2013). Alasan yang dikemukan adalah kerana faktor keselamatan.

DAHULU SEBAB TAK BOLEH BAWA HANDPHONE

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sudah lama diwujudkan tetapi ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya apabila terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Katanya, larangan membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering dikaitkan dengan masalah disiplin serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

"Pergaduhan sering berlaku di kalangan pelajar apabila telefon bimbit yang disimpan di dalam beg mereka tiba-tiba hilang.

SEKARANG SEBAB BOLEH BAWA HANDPHONE

Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

Secara logiknya, aku memang TAK SETUJU dengan dasar ne. Rasanya pelajar yang bawak telefon bimbit ke sekolah lebih banyak kesan negatif. Sebelum ne pun, pihak sekolah tak bagi bawak handphone ada jugak pelajar yang berani bawak. Macam-macam kes yang berlaku kerana handphone. Video lucah, kes kecurian, pergaduhan kerana kecurian dan macam-macam lagi la. Sekarang ne pulak pelajar macam diberi lesen untuk bawak telefon bimbit dan iPad ke sekolah.


Ada pihak yang mengatakan kalau sekat penggunaan handphone pada pelajar macam halang pelajar daripada terdedah kepada IT. Kata aku..sekat apa bendanya, kat rumah kalau nak guna handphone Tu sampai hancur pun tak ada orang nak marah. Kat sekolah tempat nak belajar. Disebabkan penggunaan handphone, masalah disiplin dan moral makin menjadi-jadi. Sebagai contoh..kalau pelajar lelaki menghendap dan merakam gambar pelajar perempuan dalam tandas dengan menggunakan telefon bimbit tu, secara tak langsung dah tersebar gambar lucah tu. 
Macam mana larangan sekalipun, masa cikgu mengajar tetap akan ada jugak pelajar duk maen game atau SMS sehingga boleh jejas tumpuan. Kata nak suruh pelajar pandai tapi tanpa disedari teknologi tu sendiri 'membuhuh masa depan diorang. Kena ingat, handphone sekarang bukan cikai macam handphone dulu. Handphone sekarang ne canggih. Cikgu tengok pun segan nak compare handphone dengan pelajar zaman sekarang. Nampakya bertambah lagi la stress cikgu. Masalah disiplin pun tak habis lagi. Ditambah lagi dengan masalah penggunaan telefon bimbit.

Share Share entry ini di Facebook

2 comments :

Hasbullah Md Som said...

Betul tu.. aku sokong...
kalau bawak telefon bimbit ke sekolah hanya bagi kesan negatif je~

Marie said...

This was great to read thanks