Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)

Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)

Sunday, June 3, 2012

2 Pelajar Tunggang ER6N Maut Ikuti Konvoi


ANGGOTA polis memeriksa mayat Noor Nazmin yang terlibat dalam kemalangan maut bersama adiknya Noor Nazufiq di KM271.3 Lebuh raya Utara-Selatan berhampiran Gunung Lang di Ipoh semalam.
IPOH – Dua beradik yang menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 271.3 Lebuh raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gunung Lang di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Mohammad Noor Nazmin Mohd. Norzri, 20, dan adiknya, Mohammad Noor Nazufiq, 18, maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki yang mereka tunggangi terbabas sebelum merempuh belakang sebuah lori.
2 beradik sertai konvoi maut
2 beradik sertai konvoi maut
2 beradik sertai konvoi maut
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, semasa kejadian kedua-dua beradik itu yang berasal dari Melaka sedang mengikuti konvoi 20 buah motosikal berkuasa tinggi yang menuju ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur.
“Sewaktu kejadian, motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang Mohammad Noor Nazmin yang merupakan seorang anggota tentera dipercayai terbabas selepas gagal memotong sebuah lori di hadapannya.
“Motosikal mangsa terlanggar penjuru kanan belakang lori berkenaan hingga membuatkan mereka terpelanting ke pembahagi jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Share Share entry ini di Facebook

2 comments :

dear yayah said...

That's my junior in high school.. Innalillahi waiina ilaihi raajiiuun :(

Anonymous said...

al-fatihah.. junior masa kat Smap Labu.