Monday, May 14, 2012

Siapa Fatin Liyana? Keluar Metro Ahad 13 Mei 2012

Ini betul-betul selebriti blogger, dah la famous di dalam dunia blog. Kini, Fatin Liyana makin terkenal di dunia nyata. Hari ini (13 Mei 2012), Fatin Liyana keluar lagi dalam Metro Ahad.... uhh jeles ...jeles tak?
HH tahu ramai blogger terutama blogger wanita yang teringin menjadi seperti Fatin Liyana. Sudahlah cantik, ada kebijaksanaan dan kepandaian. Malah, ada jejaka dari kalangan blogger yang sudah susun ayat andai berjumpa dengan Fatin Liyana.
Dulu, bermula dari satu blog biasa, bercerita kisahnya di Indonesia .... kini namanya semakin meniti dari bibir ke bibir, apatah lagi apabila Fatin Liyana dijadikan modal beberapa isu kontroversi mengenai blogger dan juga mengenai diri seorang muslimah.
Kontroversi itulah yang menjadi pengikut blog Fatin Liyana bertambah dari sehari ke sehari. Apa yang HH nampak ialah, gaya penulisannya tetap santai, dan blognya masih lagi menarik di sebalik hakikat blognya dah kurang update dek kerana kesibukkannya sebagai seorang pelajar yang mahu menjadi seorang doktor kesihatan kelak.
Blog. Kalau jarang update tetapi punyai cerita menarik, segar, tersendiri dan original, orang akan tetap suka, walaupun entri dah berumur 2-3 tahun dahulu.
Dan nyata, ia semakin berbaloi apabila setiap cerita mudah, santai dan berinformasi diberikan pengiktirafan oleh mereka yang bukan di kalangan blogger!

Di sebalik itu semua, Fatin Liyana seperti anda juga, yang ada blog dan berkongsi cerita. Dan anda boleh menjadi sepertinya andai anda ikhlas untuk berkongsi sesuatu yang perlu buat semua dengan cara anda sendiri.

 Share Share entry ini di Facebook

No comments :