Saturday, May 12, 2012

Fahrin Tidak Sanggup Melihat Bekas Kekasihnya Scha Bersanding




Walaupun Fahrin Ahmad lebih suka membiarkan kisah silam berlalu, pelakon itu mengakui yang dia tidak sanggup untuk menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya Scha Al-Yahya dengan Awal Ashaari.

Menurut DailyChilli, dia juga tidak menonton siaran langsung pernikahan mereka di Astro Jumaat lepas (bagaimanapun kerana masalah teknikal, Astro menyiarkan rakaman pada hari Sabtu).

” Tetapi saya mendoakan kebahagiaannya. Saya tidak suka menyimpan dendam. Saya berdoa untuk semua wanita yang pernah saya cintai sebelum ini.”Menegaskan yang dia telah pun mengorak langkah, bintang siri Seindah Sakura itu menambah:-

” Saya tidak mempunyai hubungan istimewa dengan sesiapa buat masa ini. Saya ikut nasihat ibu saya–untuk berkenalan dengan gadis seramai boleh supaya saya boleh buat keputusan untuk yang satu.”Jadi benarkah dia sedang bercinta dengan anak saudara kepada suami Dato’ Siti Nurhaliza iaiatu Datuk Seri Khalid?

” Tidak, dia hanya kawan. Saya bekerja dengan ibunya yang merupakan seorang penerbit televisyen.”Fahrin menambah :- Jangan risau. Saya akan mengumumkan khabar baik apabila tiba masanya. Saya seorang yang suka berterus terang. Apabila saya sedang mencintai seseorang, saya akan menyatakannya. Saya tidak suka menyorokkan perasaan.


Share Share entry ini di Facebook

No comments :