Sejak semalam kecoh disebarkan gambar kereta Proton Preve
dengan tayar depannya patah (bengkok). Ianya dipercayai disebarkan oleh
individu-individu yang dipercayai memandu kereta buatan JEPUN dan
AMERIKA yang begitu bencikan kereta proton. Kononnya kereta Proton preve ni tercabut roda hadapanya kerana tidak berkualiti seperti kereta JEPUN dan AMERIKA kesayangan mereka.
Ok..bagi yang anti proton atau anti Proton Preve,
ni maklumat kejadian yang berlaku di lebuhraya DUKE, susur keluar ke
Sentul. Menurut editor Top Gear Malaysia, Hezeri Samsuri, kereta ini
dipandu oleh seorang salesman di Sentul dengan kelajuan 120 km/h . Namun
ketika cuba mengelak sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar
pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut
melambung.
Tweet dari @HazeriSamsuri Tentang Gambaran Sebenar Kejadian
Ketika kereta ini mendarat, hentakan
yang kuat menyebabkan tie-rod nya patah. Ini bermakna ia tiada kena
mengena dengan defect parts dari Proton. Ini adalah kecuaian manusia dan
diharapkan cerita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut,
diharap tiada andaian yang bukan-bukan dibuat.
P/S:-Senang cakap, kalau suka, rase ada duit…beli, jangan hasut orang dari jangan beli kalau sendiri tak mampu beli..bye
Sumber : http://www.hafizrahim.com
Share Share entry ini di Facebook
No comments :
Post a Comment