Wednesday, April 11, 2012

Terkini! Amaran Tsunami Di Tarik Balik


Syukur alhamdulillah , berita terbaru dikeluarkan iaitu amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan perairan barat Indonesia. Ini bermakna amaran di Malaysia juga telah ditarik balik.

Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang tadi.Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama.

Bagaimanapun amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia, India, Maldives, Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia.Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini. - AP 

Share Share entry ini di Facebook

No comments :