Thursday, April 19, 2012

P3-21A Telah Muncul Dengan Nama Rasminya PROTON PREVE! - Gambar


Memang isu hangat yang diperkatakan mengenai proton lebih-lebih lagi dengan munculnya sebuah model baru yang diberi kod P3-21A telah muncul dengan nama rasminya yakni Proton Preve. Didatangkan dengan rekabentuk sedan ternyata memberi pemanduan yang selesa dan menakjubkan kepada pemandu serta penumpang. Selain dari rekabentuk Proton Preve yang telah diberi sentuhan yang agak menarik dan ringkas tetapi mampu memukau pandangan yang melihat. Walaupun pihak Proton sering diterjah, dicaci dan ditohmah dengan pelbagai kata-kata kurang enak. Namun Kaio percaya pihak Proton cuba untuk memenangi hati rakyat dengan mengeluarkan model kereta rakyat. Tetapi bagi model Proton Preve ini, ia lebih disasarkan kepada golongan pertengahan ke atas. Kerana harga yang agak sedikit tinggi. Mungkin ada yang akan berkata “baik beli kereta luar dengan harga sama boleh dapat lagi kualiti bagus”. Terpulang kepada individu, tepuk dada, tanya selera.  :)


Gambar Proton Preve

proton preve

proton preve
proton preve kaio
proton preve kaio

Dari luar hingga ke dalam, semua part pada kereta Proton ini amat memuaskan pelanggan, dari
segi design dan bentuk. Harga pun murah. Tahniah Proton!


Share Share entry ini di Facebook

No comments :