MANCHESTER
20 Feb. - Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat
gangsa dalam acara Keirin Piala Dunia Berbasikal Trek semalam dengan
penuh bergaya dan kesakitan.
Berlumba dalam final Keirin, dia dan tiga pencabar lain terbabit dalam pelanggaran sesama sendiri sebelum bangkit untuk meneruskan kayuhan bertenaga sehingga garisan penamat.
Dia hanya menyedari tahap kecederaannya hanya selepas itu jelas apabila ditunjukkan gambar serpihan kayu yang terkeluar daripada trek ketika kemalangan, menembusi betis kirinya. Dia dikejarkan ke hospital dan terlepas peluang menaiki podium bagi menerima pingatnya..
apapun beliau tetap menjadi wira negara..walaupun dalam kesakitan...tetap menang gangsa...
Share Share entry ini di Facebook
No comments :
Post a Comment