Tuesday, April 10, 2012

Isu Adegan Bogel : TV3 Minta Maaf

Stesen televisyen TV3 pada Selasa memohon maaf kepada penonton negara ini terhadap penyiaran adegan kurang sopan dalam filem Into The Wild yang disiarkan menerusi saluran itu pada 24 Mac lalu. TV3 dalam satu kenyataannya kepada mStar Online di sini berkata, pihaknya akur terhadap kesilapan yang berlaku sehingga menimbulkan bantahan beberapa pihak.


“Pihak kami memandang serius insiden ini dan TV3 akan berusaha memastikan kandungan dan paparan yang disajikan kepada para penonton bukan sahaja sarat dengan elemen hiburan dan “infotainment” semata-mata, malah turut memastikan ia dapat memberi impak positif dan kesan moral bersesuaian dengan cita rasa penonton,” kata kenyataan itu.
Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir dalam sebuah akhbar pada Selasa membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan sehingga menampakkan kemaluan pelakon Emile Hirsch.


ACCIN turut kesal dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) kerana kegagalan menapis adegan seperti itu dan juga filem-filem lain dari luar negara. Sementara itu LPFM yang dihubungi mStar Online memberitahu pihaknya telah membuat 24 pemotongan adegan “panas” dalam filem berkenaan sebelum dibenarkan untuk disiarkan oleh stesen televisyen itu.
Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, TV3 sepatutnya perlu membuat penyuntingan semula lebih-lebih lagi pada adegan bogel yang dilakonkan oleh Emile Hirsch.
“Selepas pemotongan dilakukan oleh LPFM, pihak kami telah meminta TV3 untuk membuat penyuntingan semula. Tak sangka ia boleh terlepas begitu sahaja,” katanya. -sumber
 
Share Share entry ini di Facebook

No comments :