Tuesday, April 24, 2012

Ikan Jenahak Emas Dijual Dengan Harga RM114 000 !!


Hanya empat ekor ikan jenahak emas ditangkap di Teluk Bengal setiap tahun. Tahun ini, seekor yang ditangkap di Chittagong menjadi bahan sensasi dalam masa semalam saja. Seorang ahli perniagaan dari Hong Kong yang tidak mahu dikenali telah membeli Jenahak emas itu yang mempunyai berat 37 kg dengan harga USD$38,000 (MYR 114,000) untuk makan dagingnya yang lazat, kata Jahangir Saudagar, yang menjual ikan itu, kepada AFP


Encik Saudagar, yang bekerja di sebuat pasar ikan berdekatan Chittagong, membeli ikan itu secara bidaan dari seorang penangkap ikan yang menangkapnya di Teluk Bengal, sebelum menjual ikan itu kepada ahli perniagaan tersebut.
 
Share Share entry ini di Facebook

No comments :