Friday, April 27, 2012

[BERSIH 3.0] Polis Cun Ini Menunggu Anda Esok?



KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai telah memperoleh perintah mahkamah bagi menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang awam daripada memasuki dan berkumpul di Dataran Merdeka di ibu negara, yang ditutup mulai jam 6 pagi tadi.

Sinar Harian Online difahamkan perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret semalam.

Sehubungan itu, PDRM dijangka akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara tersebut kira-kira jam 3 petang ini.

Dalam pada itu tinjauan Sinar Harian Online sekitar 12 tengah hari tadi mendapati kawasan Dataran Merdeka kini ditutup sepenuhnya kepada orang awam bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Anggota polis dan penguat kuasa DBKL turut kelihatan di kawasan tersebut.

Pita kuning turut dipasang sekeliling kawasan yang dijadikan sebagai tapak perkhemahan oleh aktivis Occupy Dataran dan Solidariti Mahasiwa Malaysia (SMM), sejak 14 April lalu, menandakan kawasan tersebut adalah kawasan larangan untuk orang ramai.

Sementara itu, kira-kira 300 orang anggota penguat kuasa PDRM dan DBKL bersama beberapa buah trak berada di sekitar dataran bagi memantau dan mengawal keadaan.

Masih terdapat beberapa aktivis dan pengikut Occupy Dataran termasuk Fahmi Reza, yang ditahan baru-baru ini, berada di sekitar Dataran Merdeka.

Sebelum ini mereka bertekad mahu kekal berada di Dataran Merdeka sehingga esok iaitu hari perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 - yang diadakan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Semalam, DBKL mengumumkan bahawa pihaknya akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi tadi sehingga 6 pagi Ahad ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut Seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

DBKL sebelum ini menolak permohonan untuk mengadakan protes Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka esok kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.

Agensi itu telah menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.



P/s: Sandiwara Kerajaan BN yang takut akan kebangkitan rakyat dengan berselindung di belakang agensi kerajaan seperti DBKL dan polis.

Kalau Dataran Merdeka menjadi kawasan larangan awam, maka lebih baik diubah sahaja namanya menjadi Dataran DBKL. Kalau jalan di KL boleh ditutup untuk tujuan sukan dan perayaan, mengapa kerajaan tidak memberikan ruang dan peluang kepada Bersih untuk berkumpul? Kalau Dataran Merdeka boleh menjadi lokasi menyambut kemerdekaan, mengapa acara menuntut pilihan raya yang bersih tidak boleh diadakan di situ? Tiada kedai, kenderaan, atau harta awam dirosakkan semasa Bersih 1.0 dan 2.0. Yang pasti banyak peserta Bersih yang cedera akibat keganasan pihak berkuasa.

Apa-apapun, rakyat Malaysia perlu datang beramai-ramai esok untuk mendesak SPR melakukan penambahbaikan seperti yang dituntut oleh Bersih. Siapa tahu mungkin polis cun di atas menjadi penyambut tetamu esok!

Share Share entry ini di Facebook

1 comment :

Muhammad Zizi Hafizzie said...

MASYARAKAT KL JE MCM TU.. TENGOK MACAM MELAKA, JB, PULAU PINANG.. TAK DE PUN NAK BANTAH WALAUPUN DILARANG. BUAT MALU MALAYSIA DAN BUSUKKAN NAMA MALAYSIA JER KT KL TU.. NEGERI LUAR MMG TAK SUKA KL KERANA SETIAP DEMOKRASI JE KL BUAT HAL.. POSITIF SIKIT OK.. :-) TGOK U TUBE, MASYARAKAT DARI NEGERI LAIN SUNGGUH BENCI KL.. :-)