Saturday, April 28, 2012

[BERSIH 3.0] Perbezaan Video Versi Berita TV3 & Video Sebenar Kejadian Kereta Polis Diterbalikkan Berhampiran SOGO-Siapa Yang Bersalah?

Petang tadi semasa perhimpunan Bersih 3.0, sebuah kereta peronda milik pihak polis telah diterbalikkan oleh sebahagian peserta perhimpunan Bersih 3.0.


Kereta Polis diterbalikkan di hadapan Sogo-Bersih 3.0
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam empat petang. Kereta pegawai penyiasat polis itu dikatakan sedang melalui laluan berhadapan kompleks membeli belah SOGO. Peserta demonstrasi dikatakan membaling objek dan terkena anggota polis yang memandu kereta ini. Ia menyebabkan kereta ini terbabas.

Kumpulan peserta demonstrasi yang melihat kejadian kemudian mengerumuni kenderaan ini. Mereka seterusnya memecah dan menendang kereta ini sebelum menterbalikkannya. Difahamkan tindakan tersebut berlaku selepas didakwa melanggar penyokong Bersih 3.0 di situ. Kejadian tersebut telah menjadi isu, siapakah yang bersalah? Pemandu kereta ke atau penyokong bersih?


Dikatakan pula video yang ditayangkan di Berita TV3 telah diedit. Sama-samalah kita tengok video dibawah dan anda nilailah sendiri.

Video di Berita Utama TV3





Video yang didakwa kejadian sebenar


Sumber : cthoney.blogspot.com 
 
Share Share entry ini di Facebook

No comments :