Wednesday, February 22, 2012

Lelaki Beli Kereta Dengan 300KG Duit Syiling!

Seorang pengusaha roti di China telah membeli sebuah kereta terpakai dengan mengunakan duit syiling yang di kumpulnya semasa berniaga..jumlah keseluruhan duit syiling yang dibawa itu sebanyak 60000 yuan ($ 9,132 usd) kepada peniaga kereta tempatan untuk membeli kereta. Untuk mengangkut semua syiling sebanyak 7 guni itu, dia menyewa sebuah kereta.

Kerana keinginannya untuk memiliki sebuah kereta,
dia memasukkan 10000 yuan setiap bulan dari hasil pengeluaran mie dan roti.sejumlah besar duit syiling yang dibawa adalah 50sen dan 10 sen dengan berat sekitar 300 Kg. Yang sukarnya,peniaga  kenderaan tersebut bersusah paya untuk mencari bank yang ingin mengambil dan mengira duit syiling tersebut...mujurlah ada 1 bank disana yang sanggup untuk mengira dan mengambil duit syiling tersebut.


Share Share entry ini di Facebook

No comments :