NUR FAZURA Sharifudin mengaku sudah bersedia mendirikan rumah tangga
pada bila-bila masa saja dan meminta peminat mendoakan kebahagiannya.
Enggan menyatakan siapakah jejaka yang menambat hatinya tetapi pelakon
cantik berusia 28 tahun ini memberi bayangan lelaki itu adalah pilihan
terbaik untuk dirinya sambil menegaskan ‘biar waktu yang menentukan
segala-galanya’.
Bagaimanapun, pelakon kelahiran Pekan, Pahang ini berkata, dia tidak mahu terlalu ghairah untuk bercerita mengenai perkahwinannya.
Bagaimanapun, pelakon kelahiran Pekan, Pahang ini berkata, dia tidak mahu terlalu ghairah untuk bercerita mengenai perkahwinannya.
Kisah mengenai Nur Fazura bercinta dan akan berkahwin dengan orang
kenamaan atau bangsawan sudah lama menjadi bualan ramai. Banyak gosip
atau andaian tersebar di kalangan media mahupun yang tidak disiarkan
oleh mana-mana penerbitan.
Apabila membicarakan soal perkahwinannya, dia tidak akan mengetepikan media untuk membantu mengumumkan hari bahagianya.
“Saya tidak lupakan media yang banyak berjasa membantu membina nama
dalam bidang ini. Mereka sering menyiarkan dan memaparkan cerita
kejayaan saya, mengapa tiba saat untuk berkahwin, saya mahu melupakan
mereka.
“Biarlah saat-saat penuh bermakna itu dikongsi bersama rakan media. Saya
anggap media adalah rakan baik,” kata Fazura ditanya apakah bakal
mengadakan sidang media bagi mengumumkan hari bersejarahnya itu.
Mungkinkah detik itu semakin dekat kerana Nur Fazura sejak kebelakangan
ini sering membayangkan dia akan bersara selepas bergelar isteri. Malah
dia kini semakin cerewet memilih watak dan antara syarat yang dikenakan
adalah tidak membabitkan babak sentuhan keterlaluan.
“Apabila menetapkan syarat sebegitu, bukanlah bermakna saya
mengada-ngada. Cuma dalam usia sekarang, saya mahu kurangkan babak
bersentuhan yang keterlaluan.
Kalaupun babak itu perlu dalam sesebuah cerita, mungkin ia boleh
dihasilkan dengan cara paling kreatif. Terpulang kepada kreativiti
pengarah itu,” katanya sambil memberitahu antara sebab dia tidak dapat
berlakon dalam filem Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly adalah
kerana berpegang teguh pada pendiriannya itu.
Kelibat Nur Fazura juga kini semakin jarang kelihatan dalam mana-mana
majlis hiburan. Sebaliknya, dia yang mula dikenali menerusi filem Bicara
Hati dan Qaisy Dan Laila ini hanya akan muncul bertemu wartawan apabila
ada produk terbaru untuk dipromosikan.
Share Share entry ini di Facebook
No comments :
Post a Comment