Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)

Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)

Sunday, April 20, 2014

[GEMPAR] Video Pendaratan Cemas MH192 !!! Ada Bunyi Geseran



Video yang di ambil pada kira-kira pukul 1.56 ke 2.00 pagi malam tadi, penderatan cemah MH192, akibat tayar meletup (tyre bursting) di bahagian kanan tayar pendaratan kapal terbang tersebut.


KUALA LUMPUR: Pesawat MH192 yang dalam penerbangan ke Bangalore, India malam tadi terpaksa berpatah balik ke KLIA kerana satu daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan meletup ketika berlepas, menurut kenyataan Malaysian Airlines (MAS).

Pesawat dengan 159 penumpang dan 7 anak kapal itu yang berlepas dari KLIA pada jam 10.09 malam tadi, selamat mendarat pada jam 1.56 pagi tadi. 


"Kapten segera dimaklumkan Pusat Kawalan Udara Kuala Lumpur bahawa serpihan tayar ditemui di landasan dan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Malaysia Airlines pada jam 10:25 malam. 

"Oleh kerana keselamatan adalah keutamaan Malaysia Airlines, pesawat berkenaan dikehendaki berpatah balik ke KLIA," menurut kenyataan itu.

Penerbangan MH192 dijadual semula pada 3.30 petang ini dan akan tiba di Bangalore pada jam 5.00 petang nanti.

Share Share entry ini di Facebook

No comments :