Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)

Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)

Tuesday, July 9, 2013

7 Idea Bisnes TERBAIK Untuk Siswa / Pelajar Universiti / kolej


7 Idea Bisnes Simple Untuk Siswa

1. Bisnes Affiliate

Boleh dikatakan bisnes “confirm” paling banyak untung. Kebanyakan orang pakai internet. Ejen akan memasar produk dan apabila ada jualan yang terhasil maka tuan punya produk akan membayar komisyen kepada ejen atau dengan nama lain yang lebih professional di internet iaitu AFFILIATE.

Mudah untuk pelajar! Sebagai affiliate kerjanya hanya melakukan pemasaran dan promosi sahaja. Untuk tau lebih lanjut pasal Affiliate untuk pelajar boleh rujuk MahasiswaAffiliate.com

2. Nasi Lemak atau Burger

Bisnes untuk orang lapar.

Sila jual dari bilik ke bilik. Dalam masa setengah jam sahaja, antara waktu Maghrib dan Isya’, boleh jual dalam 100 bungkus. Tapi kena ada pembekal untuk supply nasi lemak dan burger tersebut. Tak tahu nak cari supplier? Ajak lecturer yang tinggal dalam kampus ajak JV, he he he, pastikan dia business minded juga. Ataupun JV dengan makcik cafe pun boleh. Kadang-kadang student ni malas nak keluar cari makan, beli je apa yang ada. Ataupun memang tengah tak de duit, memang nasi lemak RM1 tu benda yang dia cari.

3. Jual T-shirt

Di dalam universiti, banyak persatuan pelajar. Setiap persatuan pelajar ini wajib buat program masing-masing sebab pihak universiti sudah beri peruntukan khas untuk mereka. Selalunya mereka akan buat t-shirt berdasarkan program yang akan mereka anjurkan. Kita boleh jadi ejen printing t-shirt tersebut. Ambil tempahan, design, kutip payment, semua kita buat. Kira servis juga. Tempahan selalunya di dalam kuantiti yang banyak. Memang seronok sebab banyak komisyen yang dapat.

4. Printing

Tak semua orang ada printer sendiri. Ada sesetengah fakulti tak banyak sangat benda kena print. Dalam satu semester, mungkin dalam 20-50 helai sahaja yang kena print. Jadi, tak berbaloi nak beli printer sendiri. Kita boleh tawarkan servis printing ini dengan kadar caj sekitar RM0.10-RM0.30 sen sehelai. Pastikan kita beli printer yang berkualiti dan jimat kos.

5. Makanan ringan

Barangkali anda pernah lihat situasi ini di universiti anda. Di satu sudut, ada orang letak makanan ringan seperti keropok, air kotak, roti, biskut, gula-gula, air mineral dan kemudiannya meletak tabung kosong di sebelah makanan tersebut. Untuk mengelakkan orang tak bayar, penjual akan letak “Sila bayar, Allah maha melihat setiap perbuatan hambaNya”. He he he.

Sampai sekarang masih ada yang buat. Maksudnya memang orang ambil dan bayar walaupun tak ada orang yang jaga. Kalau tak bayar, confirm penjual tu dah tutup sebab rugi. Boleh diamalkan di dalam universiti sahaja, di luar tak sesuai.

6. Video Montaj & Design

Sudah menjadi kebiasaan para pelajar membuat video montaj di awal majlis untuk memeriahkan lagi suasana program yang sedang berlangsung. Tak ramai yang pandai buat video montaj yang gempak. Kalau kita ada kemahiran, boleh tawarkan servis ini kepada mereka. Pakejkan sekali servis design buat nametag. Kalau hasil kerja kita memang gempak, selepas tu persatuan lain pula akan cari kita.

7. Servis fotostat

Bukan buka kedai fotostat, tapi volunteer diri sendiri untuk jadi “kuli” dalam kelas kita. Selalu lecturer malas nak fotostat nota-nota yang tebal, dia akan minta seorang pelajar untuk bantu dia. Kalau jumlah pelajar ramai, memang pensyarah selalunya tak sponsor, suruh bayar sendiri. Kita tawar diri untuk tolong dia fotostat dan kutip duit dari pelajar lain. Kita mark-up sendiri dari harga sebenar. Kalau harga kos RM0.80 sen, kita letak RM1, jadi untung RM0.20 sen. Pensyarah pun tak kisah kita nak berniaga, janji kerja dia siap.

Jangan jual rokok sudah, tak pasal kena buang kolej nanti. Jual yang dibenarkan sahaja ok.

Selamat berniaga. 

Share Share entry ini di Facebook

No comments :