Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)

Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)

Saturday, June 22, 2013

Jerebu: Patutlah Malaysia tak marah.. Sebab ni rupanya..

 

Berang dengan jerebu yang menyelubungi negara mereka hingga menyebabkan ada lapangan terbang yang terpaksa ditutup, Singapura telah menggesa Indonesia mengambil `tindakan muktamad’ untuk mengatasi perkara ini..

Ketua Agensi Alam Sekitar Nasional Singapura berkata, pihaknya mahu satu tindakan muktamad diambil oleh Indonesia berhubung perkara itu.

Indonesia bagaimanapun menyifatkan Singapura bersikap 'seperti budak' kerana merungut tentang masalah jerebu yang melanda negara itu ekoran kebakaran hutan yang berlaku di Pulau Sumatera.

Menteri Koordinasi Kebajikan Masyarakat, Agung Laksono berkata, masalah kebakaran hutan dan jerebu tersebut berlaku secara semula jadi dan kerajaan Indonesia juga tidak mahu ia terjadi.

"Singapura hanya tahu berbuat bising (merungut) dan perlu berhenti bersikap seperti budak," jelasnya.

Tetapi yang hairannya meskipun Malaysia turut dilanda jerebu, Malaysia tidak langsung bersuara menegur Indonesia dalam perkara ini..

Ini menyebabkan ramai yang tertanya-tanya.. kenapa agaknya??

Ini jawapannya...


Ladang milik Malaysia terbakar di Riau 

PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Perhutanan Riau, Zulkifli Yusuf berkata, ladang syarikat dari Malaysia adalah antara yang terbakar di wilayah itu.

Kebakaran hutan di Sumatera menyebabkan jerebu dan asap tebal melanda Singapura dan Malaysia terutama di Johor dan Melaka.

Kata Zulkifli, antaranya ialah PT Langgam Inti Hibrida, yang berada di kawasan Desa Sering, Pelalawan, Kabupaten Pelalawan.

“Titik panas lain berada di kawasan ladang milik PT Bumi Reksa Nusa Sejati yang berada di Desa Simpang Kareman, Kecamatan Pelagiran, Kabupaten Indragiri Hilir.

“Manakala yang lain terbakar adalah milik PT Tunggal Mitra Platation, PT Abdi Platation, PT Jati Jaya Perkasa, PT Udaya Loh Dinawi dan PT Mustika Agro Lestari.

“Semuanya milik modal asing dari Malaysia.

“Jadi kami meluruskan (menjelaskan), itu bukan data yang dikeluarkan Jabatan Pehutanan. Titik panas itu dirakam satelit Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dari peta kami melihat kawasan itu berada di ladang warga dan milik asing,” kata Zulkifli seperti dilapor viva.co.id.

Dalam perkembangan berkaitan, satelit pemantau cuaca dan pengesan panas bumi (NOAA) milik Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Riau mengesan 148 titik panas di wilayah itu.

Pemantuan Jabatan Perhutanan Riau, titik yang dirakam satelit sebahagian berada di kawasan ladang dan hutan tanaman industri milik Malaysia.

Channel News Asia pula melaporkan sebanyak 70 titik panas ditemui di Sarawak dan enam di Kelantan. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan dibandingkan tahun-tahun sebelumnya dan cuaca di Malaysia panas dan kering.

 Ini sekaligus menunjukkan kebakaran hutan ternyata tidak hanya terjadi di Indonesia yang menyebabkan asap dan jerebu melanda Malaysia dan Singapura ~ Free Malaysia Today

Ada orang kata ladang-ladang ini majoritinya dimiliki oleh beberapa pemimpin UMNO.. siapa agaknya dia? Laporan media Indonesia juga mendakwa ianya milik Malaysia..

Lapan Syarikat Ada Kaitan Dengan Malaysia Disiasat 
JAKARTA: Menteri Alam Sekitar Indonesia, Dr Balthasar Kambuaya mengenal pasti sebanyak lapan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia sedang disiasat kerana melakukan pembakaran di Riau dan Jambi, yang mengakibatkan jerebu sehingga memberi ancaman kepada negara jiran Malaysia dan Singapura.

Menurut Dr Balthasar, kesemua lapan syarikat itu dimiliki oleh para pelabur Malaysia dan kebakaran yang berlaku dikesan di bawah konsesi mereka.

Lapan syarikat yang dikenal pasti itu ialah PT Langgam Inti Hiberida, PT Bumi Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation, PT Udaya Loh Dinawi, PT Adei Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri dan PT Mustika Agro Lestari.

“Jika terdapat bukti yang cukup, kita akan membawa mereka ke mahkamah. Para penyiasat kami masih berada di tempat kejadian untuk melakukan penyiasatan kanjut,” katanya pada Sabtu.

Lebih banyak syarikat dijangka akan dinamakan di mana Dr Balhasar berkata, 14 syarikat lagi sedang disiasat. – ANN/The Strait Times
sumber : http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/06/jerebu-patutlah-malaysia-tak-marah.html
Hiasan

PERNIKAHAN merupakan permulaan kepada sebuah hidup yg dipenuhi dengan tanggungjawab sebagai suami dan isteri dan juga tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Sekiranya kita bijak melayari bahtera rumahtangga, kita akan belayar di lautan yang tenang dan membahagiakan.

Bukan badai, ombak besar atau ribut taufan yg diharapkan, tetapi cukuplah sekadar ombak kecil yg akan lebih merapatkan hubungan dan meningkatkan kefahaman antara pasangan.

Dibawah ini merupakan kata-kata yang diucapkan oleh Umamah binti Harith kepada anak perempuannya yang bakal  menikah dengan seorang Raja Yaman iaitu Al-Harith bin Amru.

”Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu sepuluh perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam rumahtangga nanti”

1 - "Jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk".

Jangan melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh suami. Malaikat akan melaknat si isteri sehingga waktu subuh seandainya si suami tidur dalam keadaan marah terhadap isteri.

2 - "Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu".


Selalulah melakukan perkara yang disukainya, pasti si suami akan bertambah sayang. Kalau suami suka makan asam pedas, masaklah asam pedas, jangan masak gulai tempoyak pula. Kalau suami suka warana biru, berhiaslah dengan warna biru, jangan berhias dengan warna kelabu pula.

3 - "Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu".

Berlembutlah dengan suami. Kalau berlaku pertengkaran, selesaikan dengan berhemah. Jangan sampai periuk belanga di dapur yang menjadi mangsa. Kalau suami terkhilaf, tegurlah dengan hikmah kerana lelaki mempunyai ego, tidak mahu dilihat lemah dihadapan perempuan. Oleh itu, berlembutlah.

4 - "Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumah tangga dengan sempurna dan baik".

Kerana itulah seorang isteri itu lebih digalakkan untuk berada di rumah. Rumah merupakan tanggungjawab isteri. Dialah yang akan menjadikan suasana sesebuah rumah itu seperti syurga dunia atau neraka dunia. Bayangkan, jika si isteri bekerja sehingga lewat malam, pasti dia tidak akan mempunyai masa untuk menguruskan rumahtangga dengan baik dan ini boleh menimbulkan perbalahan.
5 - "Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya".
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(al-Nisa’: 34)
Ketika si suami keluar bekerja, peliharalah maruah dirimu. Jangan menjemput orang asing ke rumah sesuka hati. Kata orang, apabila kita berkahwin, kita bukan hanya berkahwin dengan pasangan kita tetapi juga berkahwin dengan keluarganya. Peliharalah maruah diri suami dan keluarganya. Jangan menceritakan aib mereka kepada orang lain.

6 - "Simpankan segala rahsianya dengan baik, jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya".

Orang perempuan ni memang suka bercerita tetapi hati-hati jangan sesekali menceritakan tentang suami kita kepada orang lain. Khuatir ada yang jatuh cinta dengan suami kita pula. Kalau suami kita menyuruh kita melakukan sesuatu, taatilah dia selagi mana permintaannya itu tidak melanggar hukum syarak.
7 - "Jagalah waktu makannya dan waktu beristirahat kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan".
Air tangan seorang isteri mampu memikat hati suami. Jagalah makan minumnya, jangan sampai dia keluar mencari makan di kedai mamak.

8 - "Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula, tetapi kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya".
Bersama-samalah suami dalam senang dan susah. Jika dia bergembira, anda perlulah menunjukkan anada juga gembira. Dan jika dia bersedih, pujuklah hatinya agar tenang semula supaya dia tahu anda akan selalu bersamanya.

9 - "Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu".

Isteri yang baik adalah isteri yang berhias dan bersolek cantik ketika berada di rumah. Bukannya bersolek dan berhias sakan ketika berada di luar rumah. Ada isteri yang kurang prihatin, apabila dia berada di rumah, badan berbau bawang dan rambut kusut-masai. Suami yang penat bekerja, bertambah penat melihat sikap si isteri. Anehnya, bila keluar ke pasar, amboi..cantik mengalahkan Miss Universe. 

10 - "Jadikanlah dirimu sebagai amah kepadanya, nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu".

Syurga seorang isteri dibawah tapak kaki suami. Teringat kisah ketika zaman Rasulullah SAW, terdapat seorang wanita pada zaman itu yang dikatakan akan mendahului puteri nabi, Fatimah ketika masuk ke syurga. Wanita itu akan berjalan dihadapan Fatimah kerana beliau yang akan memegang tali kuda yang ditunggangi puteri Nabi itu. Ia merupakan ganjaran baginya kerana mentaati suaminya.
Demikianlah 10 petua daripada Umamah binti Harith untuk anaknya yang boleh dijadikan panduan oleh para wanita yang bercita-cita atau berazam mahu menjadi isteri yang solehah.

Sabda nabi SAW :
“Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau suka”.
Apa yang penting, suami isteri tahu peranan masing-masing dalam hidup berumah tangga. Sikap tolak ansur dan saling memahami akan mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.
Sumber - See more at: http://mutiaradehati.blogspot.com/2013/06/10-tips-untuk-menjadi-isteri-solehah.html#sthash.nNXGNCjt.dpuf

No comments :