Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)

Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)

Friday, June 7, 2013

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Menyertai Satu-satu Program Affiliate

 

Buat duit secara online menerusi pemasaran affiliate tidaklah sesukar memilih program affiliate yang sesuai dan betul . Terdapat banyak program affiliate yang berada di pasaran antaranya ia di uruskan syarikat besar seperti clickbank, commision jucntion dan linkshare dan di uruskan oleh persendirian seperti pengusaha ebook.

Bagi seorang yang mempunyai cita-cita sebagai super affiliate, anda perlu bijak memilih program affiliate untuk anda sertai dan lakukan promosi. Berikut adalah lima elemen yang anda perlu nilai sebelum anda mengambil keputusan mempromosi sesuatu produk affiliate.

Program affiliate tersebut perlu adil dalam pembayaran komisyen.


Dari produk bernilai RM 299, adakah adil anda hanya menerima RM 30 bagi setap jualan yang anda hasilkan ?

Ia tidak adil kerana jumlahnya terlalu sedikit. Amatlah sukar untuk anda memujuk seseorang untuk membeli produk semahal itu dan ia mungkin mengambil masa yang lama. Jika komisyen anda terlalu sedikit, ia tidak berbaloi untuk anda perjuangkan.

Anda perlu bijak menilai dengan kemampuan yang anda ada. Kebiasaanya, newbie affiliate akan memulakan promosi dengan produk yang mempunyai harga dan komisyen yang rendah. Ini memberi kelebihan kepada mereka dari segi pasaran kerana produk murah selalunya mempunyai pasaran yang luas. Jadi mereka boleh mempraktikkan latihan menarik trafik di samping menjana pendapatan melalui affiliate.

Program affiliate tersebut mempunyai sistem tracking yang bagus.

Tracking adalah sistem di mana ia merekodkan berapa kali link affiliate anda di klik, berapa orang yang membeli produk melalui link anda dan jumlah komisyen yang anda terima. Sekarang, sistem tracking sudah mempunyai satu kelebihan baru iaitu boleh mengetahui sumber klik bagi link affiliate anda.
Dengan adanya sistem tracking yang kemas dan tersusun, anda boleh gunakan maklumat yang anda dapat untuk merancangan akitiviti promosi anda.

Dengan mengetahui dari sumber mana yang memberi jumlah klik yang banyak, anda boleh rancang untuk memperkemaskan kaedah promosi di situ untuk meningkatkan lagu jumlah jualan anda. Perniagaan affiliate adalah seperti langgar lari di mana anda promosi sesuatu produk melalui kaedah tertentu dan anda biarkan ia untuk anda beralih pada teknik promosi yang lain pula.

Melalui sistem tracking ini, anda boleh mengetahui  teknik promosi yang paling berkesan untuk sesuatu produk dan anda boleh tumpukan  pada kaedah tersebut bagi memaksimumkan pendapatan affiliate anda.

Kekerapan dan kaedah pembayaran.

Perkara ketiga yang anda perlu periksa adalah kekerapan dan kaedah pembayaran komisyen kepada anda. Jika kekerapan pembayaran adalah setiap bulan, anda boleh bersedia dengan modal secukupnya bagi bulan pertama kerana  hasilnya anda hanya akan dapat pada bulan hadapan. Jika kaedah pembayaran adalah melalui cek dan ia pula adalah cek dari luar negara, ia mungkin ambil masa sebulan dua untuk anda memperoleh keuntungan bersih.

Dengan maklumat ini, anda boleh jangkakan apa yang bakal terjadi. Jika anda terdesak mahukan wang, mungkin anda boleh menyertai program affiliate yang menawarkan pembayaran segera pada akaun anda bagi setiap jualan yang anda lakukan. 

Adakah produk yang anda promosikan itu mempunyai masa depan yang cemerlang?

Bagi mereka yang mengumpul list untuk melakukan pemasaran affiliate, anda perlu utamakan elemen ini. Ini kerana, anda tidak mahu bazirkan  list anda dengan hanya mempromosi satu produk affiliate sahaja. Pemasaran melalui emel adalah pemasaran yang paling jimat kerana kos hanyalah pada permulaan sahaja dan untung boleh di tuai setiap kali anda melakukan pemasaran.



Adakah anda tahu mengenai produk tersebut?

Elemen terakhir yang perlu anda periksa adalah pengetahuan anda mengenai produk yang bakal anda promosikan itu. Anda perlu tahu apa yang anda bakal promosikan supaya anda boleh rancang untuk

·        Promosi pada golongan mana
·        Berapa modal yang di perlukan
·        Kaedah promosi yang paling berkesan
·        Bagaimana hendak menulis copywritng yang menarik
·        Keyword yang ada permintaan dan
·        Sebagainya.

Pada setiap produk atau program affiliate yang anda ingin sertai, anda boleh jadikan lima elemen di atas sebagai panduan bagi anda. Tidak mengapa jika kita melakukan promosi yang salah atau tidak berkesan dari kita salah promosi produk.

Tips & Panduan yg sangat membantu perniagaan anda :




Share Share entry ini di Facebook

No comments :