Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)

Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)

Friday, June 7, 2013

10 langkah mudah memulakan perniagaan affiliate



Affiliate adalah perniagaan internet. Kejayaan dalam affiliate hanya akan menjelma jika kita melayan ia ia sebagai entiti perniagaan. Kebanyakan dari newbie affiliate gagal dalam perniagaan mereka di sebabkan kesombongan mereka untuk menganggap affiliate adalah perniagaan. Mereka selalunya menganggap affiliate adalah hanya teknik jana wang yang ringkas di internet.

Malangnya ia bukan. Beratus-ratus affiliate menjana tujuh angka setahun melalui affiliate dan ia adalah perniagaan yang sah. Semua orang boleh membuka perniagaan affiliate sendiri dan di sebabkan ini ramai newbie affiliate menganggap ia hanyalah satu pekerjaan yang biasa. Tetapi mereka tidak tahu ia adalah perniagaan sebenar.

Bagi membantu anda membina perniagaan affiliate, saya senaraikan 10 langkah mudah memulakan perniagaan affiliate.

Belajar cara menguruskan webiste.

Perkara pertama yang anda perlu belajar dalam perniagaan affiliate adalah cara-cara menguruskan webiste. Anda perlu belajar bagaimana hendak menguruskan blog, menguruskan minisite dan landing page. Anda perlu belajar dan mahir dalam selok belok asas mewujudkan dan menguruskan website anda sendiri. 

 Jangan kedekut untuk laburkan wang untuk belajar kemahiran ini kerana ia pasti berguna nanti.

Jika anda kekurangan wang, jangan jadikan ia sebagai alasan pula. Anda boleh belajar secara percuma di internet di samping anda gunakan teknik cuba dan jaya. Ingat, affiliate adalah perniagaan dan ia perlu di layan seperti perniagaan di mana anda lakukan apa yang perlu untuk memantapkan perniagaan anda.

Pilih topik yang menarik.

Selepas itu, anda cari topik yang menarik bagi anda. Sama seperti perniagaan sebenar, jika anda ingin membuka perniagaan kasut, anda perlu belajar mengenai kasut. Jadi, di online, anda pilih topik yang anda rasa anda minat dan boleh anda uruskan untuk masa yang lama.

Kajian keyword.

Di offline, kedai yang laku kebanyakannya di sebabkan lokasi yang strategik yang di miliki oleh kedai tersebut. Di internet pula, kedai anda akan laku jika anda mengutamakan keyword yang mempunyai banyak kali carian di lakukan oleh pengguna internet. Siasat keyword yang berkaitan dengan niche anda, cari keyword yang mempunyai banyak kali carian di enjin carian.

Cari produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan topik anda.

Sekarang, anda lakukan survey mengenai potensi keyword anda itu. Lihat sama ada terdapat banyak produk atau tidak berkenaan dengan topik anda. Senaraikan ia dalam notepad untuk kegunaan anda di masa hadapan.

Pilih nama doman dan hosting.

Jika anda ada wang beli sahaja hosting yang mahal dan mempunyai nama dalam perkhidmatan hosting. Ia untuk memastikan tiada masalah atau kurang risiko di kemudian hari. Jika tidak ada wang, pilih hosting yang agak murah tetapi boleh di harapkan. Anda boleh kaji sendiri di internet mengenai cara hendak memilih hosting, nama domain dan sebagainya.



Lukis draf mengenai website anda.

Sekarang, anda tulis draf mengenai website anda. Hasil dari pengalaman orang yang terdahulu, website jenis blog adalah yang paling sesuai untuk menjadi tapak perniagaan affiliate. Anda pilih theme dan edit theme mengikut minat anda. Jika anda ada wang, anda boleh upah freelancer untuk lakukannya. Ia bukanlah penyelesaian mutlak, anda perlu tahu bagaimana hendak melakukannya tetapi mengupah adalah untuk jimatkan masa.

Upload website.

Sekarang, anda upload website anda ke hosting yang anda beli sebelum ini.

Hiaskan blog dengan maklumat.

Masukkan dua atau tiga artikel berkaitan dengan topik anda. Sekarang, anda perlu latih diri sendiri untuk menulis artikel bagi blog anda. Masukkan apa sahaja yang boleh menjadikan blog anda ke hadapan berbanding blog-blog pesaing anda yang lain.

Daftar affiliate program

Sekarang, apabila perniagaan anda sudah wujud, barulah anda daftar program affiliate dan mula melakukan promosi bagi produk tersebut.

Promosi website anda.

Sekarang, anda belajar cara melakukan promosi bagi affiliate. Masa sekaranglah barulah anda membuka ebook berkenaan promosi dan pratikkan ia secara terus. Kejayaan  anda bergantung pada promosi anda.

Bukan  2 atau 3 kedai yang lain jika anda blog ini sudah maju.

Tips & Panduan yg sangat membantu perniagaan anda :







Share Share entry ini di Facebook

No comments :