Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)

Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)

Tuesday, May 28, 2013

Semakan Keputusan Temuduga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) - Maktab Perguruan KPLSPM

Semakan Keputusan Temuduga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2013 - Maktab Perguruan KPLSPM
Semakan Keputusan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2013 - Maktab Perguruan KPLSPM | Keputusan nama calon yang berjaya untuk panggilan temuduga boleh diperolehi pada 6 Mei 2013. Selain itu, anda juga boleh menyemak melalui aplikasi online pada tarikh yang telah ditetapkan.

Bagi calon yang berjaya dipanggil untuk proses temuduga perlu membawa dokumen penting seperti;
  • Mencetak surat tawaran panggilan temuduga
  • Borang butiran diri (Resume) dan helaian pernyataan hasrat
  • Dokumen yang diminta akan ada pada laman aplikasi semakan nanti, apabila calon disahkan berjaya untuk panggilan temuduga setelah membuat semakan tersebut.
Maklumat Penting dan Proses Pemilhan Temuduga
  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.
  • Semakan Keputusan Temuduga Maktab Perguruan KPLSPM 2013
Calon boleh menyemak panggilan temuduga pada tarikh yang akan diumumkan secara rasmi menerusi Portal Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Share Share entry ini di Facebook

No comments :