Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)

Belajar buat Baju Kurung & Melayu STEP-BY-STEP (Panduan Lengkap)

Wednesday, May 22, 2013

CARA JAHIT MELAYU / TIPS BAJU MELAYU / BISNES MENJAHIT BAJU

Jahit Baju Melayu Lelaki + Seluar
Ebook Jahit Baju Melayu Lelaki + Seluar - Panduan Langkah Demi Langkah ini dilengkapi dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks penerangan yang amat mudah difahami dan diikuti secara praktikal. Ebook ini menunjukkan cara menjahit baju melayu lelaki berserta seluar.


Modul 1: Pengenalan
Bagi memastikan proses menyiapkan sepasang Baju melayu berjalan dengan lancar, anda akan didedahkan dengan asas baju melayu. Penerangannya disertakan dalam setiap modul yang berkaitan. Pentingkah untuk mengetahui asasnya? Ya, ini bagi memastikan proses keseluruhan dalam menyiapkan sepasang Baju Melayu lebih mudah. Apabila anda sudah memahami asas baju melayu, anda bebas mengubah saiz-saiz tertentu kepada saiz yang disukai. Anda juga bebas mengabaikan langkah-langkah tertentu dalam menjahit baju melayu apabila anda sudah yakin dan mahir kelak.

Modul 2: Teknik Mengambil Ukuran
Ketahui teknik-teknik mengambil ukuran berdasarkan ukuran badan dan baju contoh. Belajar cara mengambil ukuran semua bahagian baju melayu untuk menentukan ukuran-ukuran penting ysng diperlukan termasuk ukuran pesak, kekek dan lain-lain lagi. Apabila ingin memastikan baju yang dijahit selesa dipakai, ukuran yang diambil perlulah betul.
Modul 3: Teknik Melukis Pola
Secara asasnya, pola diperlukan untuk menghasilkan sehelai baju melayu. Pola digunakan untuk memudahkan proses memotong kain dan mengelakkan kesilapan. Di dalam panduan cara menjahit baju melayu ini anda akan mempelajari secara terperinci bagaimanakah cara melukis pola yang betul dari mula hingga akhir. Belajar cara mudah melukis pola untuk semua bahagian baju melayu.
Modul 4: Teknik Memotong dan menjahit Kain
Bagaimana cara memotong kain menggunakan pola? Bagaimana memastikan kain dipotong dengan ukuran yang tepat? Anda akan diajar teknik-tekniknya. Bagaimanakah cara menjahit bahagian baju yang sudah dipotong? Bagaimana mencantum pesak dengan kekek baju melayu? Bagaimana mencantum lengan baju melayu? Bahagian mana yang perlu disambung terlebih dahulu? pesak, kekek, lengan atau bahagian-bahagian badan yang lain? Ketahuinya di sini.

Modul 5: Teknik Menjahit Poket Baju
Bahagian ini akan menunjukkan cara menyiapkan poket baju melayu. Anda akan mempelajari cara menentukan ukuran poket baju melayu. Pelajari juga cara untuk memastikan poket yang dijahit pada baju melayu kemas dan cantik. Ada beberapa tips yang dapat memastikan poket yang dijahit pada baju kemas dan cantik. Pelajarinya di sini.

 Modul 6: Teknik Menjahit Leher Baju
Menjahit leher baju melayu akan menjadi susah jika anda tidak mengetahui cara yang betul. Pelajari cara betul untuk membuat tetulang leher baju melayu. Bagaimana untuk menentukan ukuran leher baju melayu? Bagaimana untuk menghasilkan tetulang leher baju? Apa peralatan yang diperlukan? Bagaimana untuk melekatkan tetulang baju? Pelajarinya di sini.
Modul 7: Teknik Menjahit Seluar
Pelajari juga cara menyiapkan seluar baju melayu. Anda akan ditunjukkan satu persatu cara untuk melukis pola seluar, cara memotong dan juga cara betul untuk mencantum kepingan kain yang telah dipotong.

Modul 8: Teknik Menjahit Zip Seluar
Cara menjahit zip pada seluar adalah berbeza dengan zip yang dijahit pada kain. Susah untuk menjahit bahagian ini jika anda tidak mengetahui caranya. Jika caranya diketahui, ianya akan menjadi mudah. Ketahui teknik yang betul untuk menghasilkan zip seluar. Ketahui ukuran yang betul dan cara menjahitnya pada seluar.

Modul 9: Teknik Menjahit Pinggang Seluar
Bagaimana ingin memastikan bahagian pinggang seluar baju melayu yang dijahit menjadi kemas dan selesa dipakai? Anda akan belajar tekniknya. Anda akan diajar dua cara menjahit pinggang seluar iaitu dengan menggunakan pengeras sahaja dan dengan menggunakan getah yang dicampur pengeras. Setiap langkah ditunjukkan satu persatu dan amat mudah untuk anda mengikutinya secara praktikal.

Modul 10:  Teknik Menyiapkan Kemasan Akhir
Anda akan diajar cara menjahit kemasan-kemasan akhir di bahagian lengan, bawah baju dan seluar baju melayu. Teknik bagi memastikan kemasan akhir yang dilakukan mendapat hasil yang kemas dan selesa dipakai ditunjukkan di sini.

Anda berjaya menyiapkan sepasang baju melayu yang sedia untuk dipakai selepas menyiapkan bahagian ini.




Pelajari kesemua teknik di atas dengan segera.
Miliki ebook-ebook ini sekarang juga!





PENTING: Panduan menjahit ini adalah dalam bentuk E-BOOK, iaitu buku dalam bentuk digital. Bukan seperti buku yang anda biasa lihat di kedai-kedai buku. Jadi, tiada sebarang proses penghantaran atau pengeposan menggunakan Pos Laju atau lain-lain jenis kurier yang terlibat. Ianya dalam bentuk fail yang disimpan di dalam komputer.

Fail ebook akan dihantar kepada pembeli melalui email. Pembeli akan simpan fail tersebut di dalam komputer masing-masing. Fail yang sudah disimpan di dalam komputer boleh dibuka pada bila-bila masa walaupun tanpa akses internet.

Fail tersebut boleh juga dicetak dan di 'binding' untuk dijadikan seperti buku yang biasa anda lihat di kedai-kedai buku, bagi memudahkan anda untuk membacanya di mana-mana sekalipun.


Mulakan langkah pertama, jom belajar menjahit baju kurung dan baju melayu!!

Pastinya anda akan MAHIR menjahit baju kurung dan baju melayu selepas mendapatkan ebook cara menjahit baju kurung tradisional, moden, riau/ pahang dan baju melayu ini, seterusnya dapat menyiapkan berpasang-pasang baju kurung dan baju melayu hasil jahitan sendiri dan SETERUSNYA... 

Menambah pendapatan dengan mengambil upah menjahit baju kurung dan baju melayu secara kecil-kecilan dan kemudian membuka kedai jahit atau butik sendiri...wowwww!!



Tuah ayam nampak di kaki,
Tuah dan rezeki anda siapa yang tahu!!


No comments :