Manusia Akan Berpindah Ke Planet Baru!
MUNICH - Ahli astronomi Eropah telah menemui planet berbatu yang didakwa
sesuai untuk dihuni hidupan di Bumi dengan menggunakan Teleskop di
Balai Pencerap Eropah Selatan.
Ketua penyelidik, Guillem Anglada-Escude berkata, ia mungkin mengandungi
sumber air kerana suhu pada permukaannya hampir sama se-perti di Bumi.
Ia terletak sejauh 22 tahun cahaya dan turut mengelilingi bintang digelar GJ 667C.
“Kami turut menemui sebuah lagi planet asing yang mungkin juga boleh
didiami hidupan di Bumi Bagaimanapun pemerhatian susulan masih perlu
dilakukan untuk menilai kesesuaiannya,” menurutnya.
Walaubagaimanapun, bagaimana kita nak pergi ke sana?
Share Share entry ini di Facebook :)
No comments:
Post a Comment